• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Kluster CITRAWARNA Diumumkan Di Sarawak, Catat 21 Kes Positif Setakat Ini

Oleh
ILB - AI
9 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
TERKINI : Kluster CITRAWARNA Diumumkan Di Sarawak, Catat 21 Kes Positif Setakat Ini

59 orang telah disaring setakat ini

TERKINI : Kluster CITRAWARNA Diumumkan Di Sarawak, Catat 21 Kes Positif Setakat Ini. Dalam siaran media Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini, satu kluster baharu iaitu Kluster Citrawarna, Kuching telah diumumkan sebagai kluster terbaru di Sarawak.

Menurut penerangan jenis kluster, kluster Citrawarna adalah satu kluster komuniti yang melibatkan kes-kes yang terlibat secarfa langsung dengan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama empat har bermula pada 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai Kuching, ( Waterfront, Kuching ), Sarawak. Anggaran untuk pengunjung yang menghadiri majlis ini adalah seramai 50,000 orang.

Kes indeks bagi kluster ini ( Kes ke 259147 ) adalah seorang individu lelaki berumur 45 tahun dan merupakan warganegara tempatan yang dikesan positif COVID19 melalui satu saringan individu bergejala pada 27 Februari yang lepas di sebuah hospital perubatan swata di Kuching.

Setakat ini juga, 58 kontak rapat telah dikenalpasti dan menjalani saringan di mana 21 orang termasuk kes indeks telah dikesan positif. Menurut kenyataan media itu lagi, perebakan jangkitan dipercayai berpunca dari pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan mereka semasa menghadiri program tersebut dan telah merebak sehingga ke generasi jangkitan kedua.

Dimaklumkan juga terdapat seramai 24 kes positif lain yang telah dilaporkan(bukan dari kluster ini) turut mempunyai sejarah pergerakan menghadiri Program Citrawarna tersebut.

Sehubungan dengan itu, individu yang mempunyai sejarah menghadiri Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak dinasihatkan untuk membuat pemantauan kendiri dan membuat saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang tanda dan gejala.

Menurut kenyataan media SDMC lagi, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menghadiri aktiviti perkumpulan yang melibatkan ramai peserta atau hadirin di mana SOP sukar dipatuhi, terutamanya jika mempunyai gejala atau telah dikesan positif.

Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 1727 kes baharu positif COVID19 dengan 1051 kes mencatatkan gejala ringan dan 663 lagi tidak mempunyai apa apa gejala. 12 kes pula berada pada kategori 4 dan 1 kes dalam kategori 5. 2 kes kematian juga dicatatkan hari ini.

Sebelum ini, pernah dilaporkan satu kes positif COVID19 dicatatkan di Citrawarna :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda
Next Article Adakah Anda Kontak Rapat Positif COVID-19? Ini Prosedur Terkini Kuarantin Bagi Kontak Rapat Adakah Anda Kontak Rapat Positif COVID-19? Ini Prosedur Terkini Kuarantin Bagi Kontak Rapat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?