• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei

Oleh
Nazihah AN
8 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei

Nikmati keindahan alam sekeliling di Ulu Bayong, Sarikei!

Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei. Jika anda berada di Sarikei dan ingin mencari lokasi menarik untuk mendaki, anda boleh pertimbangkan untuk ke Wong Pamela Munson!

Terletak di Ulu Bayong, air terjun ini adalah lebih kurang sejam lebih dari Homestay Rumah Nyuka melalui trek hutan.

Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei
Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei

Sekitar 2 jam dari Sibu ke Homestay Rumah Nyuka

Untuk pergi ke air terjun ini, anda perlu pergi ke Homestay Rumah Nyuka Lemba Ulu Sarikei yang terletak kira-kira 2 jam dari bandar Sibu.

Kredit foto: Facebook

Anda juga disarankan untuk medapatkan perkhidmatan guide jika anda mahu ke sini jadi buat persiapan awal sebelum anda melakukan perjalanan ke air terjun ini.

Sebaik sahaja anda tiba ke Rumah Nyuka, anda dikehendaki untuk menulis nama anda di logbook sebelum anda meneruskan perjalanan anda ke Wong Pala Munsoh. Yuran kemasukan adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk pelajar.

Pendakian ke air terjun ini dianggap sederhana namun pastikan anda mempunyai stamina dan tenaga yang mencukupi agar anda tidak mengalami keletihan terlalu awal semasa pendakian anda!

Semasa awal perjalanan, anda akan melalui beberapa ladang lada dan getah sebelum anda memasuki hutan. Dari sini, perjalanan sebenar akan bermula!

Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei
Ladang lada yang anda akan lihat semasa awal perjalanan. Kredit foto: Atiqah Mustapha via Facebook

Tiga set air terjun menanti anda!

Anda akan melalui sekurang-kurangnya 2 air terjun sebelum anda tiba ke air terjun terakhir. Air terjun pertama akan mengambil masa sekira satu jam lebih, bergantung kepada kelajuan anda.

Apabila anda tiba ke air terjun ketiga, anda perlu mula lebih berhati-hati kerana batu-batunya licin dan anda memerlukan bantuan tali yang telah disediakan. Selepas ini, anda boleh berehat dan betul-betul menikmati alam sekeliling yang dipenuhi dengan flora dan fauna, beserta dengan bunyi air mengalir dari air terjun!

Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei
Kredit foto: Ephrem Miche via Facebook
Kredit foto: Ephrem Miche via Facebook

Sedikit maklumat mengenai sejarah Wong Pala Munsoh, air terjun ini – yang bermaksud ‘Air Terjun Kepala Musuh’ dalam bahasa Iban – dinamakan sebegitu sempena sejarah pahlawan Iban pada masa dahulu.

Ia dikatakan tempat ini merupakan persinggahan pahlawan-pahlawan dahulu sebelum mereka pergi ‘ngayau’ iaitu memburu kepala dengan menggunakan parang ilang. Malah, menurut legenda, pemburu kepala mengasahkan parang mereka dan kulit kepala musuh mereka selepas ngayau di sini!

Kredit foto: A Plain Explorer via Facebook

Berdasarkan legenda ini, sungai yang mengalir dari air terjun ini mempunyai sejarah budaya, dan sebagai pengunjung kita pun rasa berasa berbesar hati kerana berada di salah satu tapak bersejarah di mana anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna di sekeliling!

Pastikan anda menjaga kebersihan ketika di sini! Leave nothing but footprints kata orang putih!

Lagi di sini:

Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Bas Terpakai Dihias Seperti Bilik Hotel, Nikmati Percutian Unik Di Borneo Keranji Farm
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Berperikemanusiaan, Israel Arah WHO Alih Bekalan Kesihatan Ke Gaza
Next Article Ini 5 Senarai Gerai Ayam Panggang Lejen Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?