• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 5 Senarai Gerai Ayam Panggang Lejen Di Kuching

Oleh
Ismail NA
8 Disember 2023
Kongsi
8 Min Bacaan

Dijamin sedap sehingga menjilat jari

Ini 5 Senarai Gerai Ayam Panggang Lejen Di Kuching. Ayam panggang merupakan hidangan protein ringkas yang kebiasaannya dimakan sewaktu berkumpul bersama keluarga mahupun sahabat handai. Rasa barbeku yang dibakar menggunakan ketulan arang kayu, pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menghidu bau ayam yang sedang dipanggang.

Selain daripada keenakan ayam panggang mereka yang ‘juicy’ dan empuk, gerai ini juga sudah menjalankan perniagaan ayam panggang sejak belasan hingga puluhan tahun. Malah, ada yang telah mewariskan perniagaan mereka kepada generasi seterusnya untuk terus memberikan hidangan ayam panggang yang terbaik buat pelanggan setia mereka.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami senaraikan 5 gerai ayam panggang boleh dikira lejen, dan terkenal dalam kalangan penduduk lokal Kuching sendiri.

1. Ayam Panggang Lejen Wak Rashid

Terletak di pusat Bandaraya Kuching, Ayam Panggang Lejen Wak Rashid benar-benar sepadan dengan namanya. Ayam yang dipanggang dengan sempurna, menyerlahkan rasa yang seimbang dengan keenakan rempah perapan.

Kredit foto: Facebook Wak Rashid Ayam Panggang Lejen

Ayamnya ‘juicy’ dan lembut, bakal membuatkan anda menikmati ayam ini sehingga ke cebisan terakhir! Suasana mesra dan servis pantas menjadikannya tempat wajib dilawati oleh penduduk tempatan dan pelancong yang menginginkan ayam panggang enak di Kuching.

Kredit foto: Google Review Amelia Png
Alamat
Waktu Operasi
Peta lokasi

58, Jalan Rubber Barat, How Hua Park, 93400 Kuching, Sarawak

Dibuka setiap hari kecuali Rabu, 4 petang hingga 10 malam

2. Boy Manok Malaysia

Boy Manok Malaysia pula membawa sentuhan kontemporari kepada hidangan ayam panggang tradisional. Dihasilkan menerusi resipi turun temurun sejak tahun 1990, sorotan utamanya adalah pada kuah ayam panggang itu sendiri.

Kredit foto: Facebook Boy Manok Malaysia

Selain daripada rasa ‘char’ yang menggamit deria, ayam panggang Boy Manok ini terasa lebih lazat jika dicalit bersama kuah hitam manis yang datang bersama ayam panggang itu sendiri. Selain itu, ayam panggang ini juga boleh dimakan bersama sos cili yang diolah khas. Tidak lupa, gerai ini juga hadir dengan ‘branding’ serba merah dan mudah diingati!

Kredit foto: Facebook Boy Manok Malaysia
Alamat
Waktu Operasi
Peta lokasi

Cawangan Semariang:

  • Mydin Bandar Baru Semariang, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

Cawangan Kota Sentosa (Batu 7):

  • Zainab Family Food Court, No 82, Lot 1703, Block 46 KNLD Sentosa Parade, Batu 7, Jalan Penrissen Batu 7 Sentosa Parade, Jalan Penrissen, Kota Sentosa, 93250 Kuching, Sarawak

Cawangan Lain

  • Jalan Astana (sebelah Pawada) *kedai asal sejak 1990
  • Jum Singgah Cafe, Jalan Sultan Tengah
  • Najwa Cafe ( Taman Sukma)
  • De Tamu Cafe, Satok

Cawangan Semariang:

Dibuka setiap hari kecuali Isnin, 3 petang hingga 11 malam

Cawangan Kota Sentosa:

Dibuka setiap hari, 2 petang hingga 10 malam

Cawangan Semariang

Cawangan Kota Sentosa

3. Ayam Panggang Madu Wak Kafe

Ayam Panggang Madu Wak Kafe pula boleh dikatakan sebagai ‘hidden gem’ di Kuching meskipun ia berada di tengah bandaraya. Terletak di Jalan Satok, kedai ini difahamkan telah beroperasi selama berpuluh tahun dan kini diteruskan oleh anak pemiliknya.

Kredit foto: Facebook Ayam Panggang Madu Wak Kafe

Ayam lembut dengan perapan manis mencipta sensasi rasa karamel yang sangat memuaskan. Bagi pencinta ayam panggang manis, gerai ini pastinya pilihan yang tepat, selain anda boleh menikmati suasana santai open-air sambil ‘mengkokak’ ayam panggang madu Wak ini.

Kredit foto: Facebook Ayam Panggang Madu Wak Kafe
Alamat
Waktu Operasi
Peta lokasi

Ayam Panggang Madu Wak Kafe, Lorong 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

Buka setiap hari, 3 petang hingga 11.30 malam

4. Ayam Panggang Berempah Mose

Ayam Panggang Berempah Mose ini pasti sesuatu yang sesuai bagi mereka yang lebih sukakan rasa autentik ayam panggang. Dilumur dengan resepi rahsia berasaskan rempah wangi, aroma yang dihasilkan pasti menggoda sesiapa sahaja walaupun dari jarak jauh.

Kredit foto: Google Review Sufian Rafie

Teknik panggang yang serba moden oleh staf yang mahir memastikan lapisan panggang dengan rasa bakar yang sempurna di luar di samping mengekalkan kelembutan isi ayam di dalamnya. Lagi syok bila anda dapat makan ayam panggang sambil menikmati pemandangan menenangkan di pinggir sungai dan Jambatan Gantung Satok yang nostalgik kerana gerai ini terletak di Kompleks Kubah Ria.

Kredit foto: Facebook Ayam panggang berempah mose No 44 kubah ria baru
Alamat
Waktu Operasi
Peta lokasi

Pusat Penjaja Makanan Kompleks Kubah Ria, 25, Q309, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Buka setiap hari, 1 tengah hari sehingga habis

5. Ayam Panggang Berempah Anwar @ Kedey Cikgu Dauz

Ayam Panggang Berempah Anwar @ Kedey Cikgu Dauz pula mengetengahkan inovasi dalam perniagaan ayam panggang. Selain menawarkan ayam panggang, mereka juga turut menawarkan menu ayam bersama nasi. Lokasinya berada sedikit jauh dari pusat bandaraya, namun pastinya penduduk sekitar tidak perlu pergi jauh untuk merasai ayam panggang yang sama hebat seperti di pusat bandar.

Kredit foto: Facebook Ayam Panggang Berempah Anwar

Pendekatan unik gerai ini kepada Ayam Panggang telah menarik pengikut yang setia, dan sangat mudah dilihat mengapa – rasanya benar-benar luar biasa selain memiliki menu tambahan yang berbaloi dan mengenyangkan.

Kredit foto: Facebook Ayam Panggang Berempah Anwar
Alamat
Waktu Operasi
Peta lokasi

Kedey Cikgu Dauz, Lorong Liu Shan Bang 3B, Kota Sentosa @ Batu 7, 93250 Kuching, Sarawak

Buka setiap hari kecuali Khamis, jam 3 petang – 10 malam

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk mengunjungi gerai ini secara fizikal, anda juga boleh membuat pesanan makanan menerusi aplikasi seperti GrabFood dan Foodpanda.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja agar anda dapat membantu peniaga kecil gerai ayam panggang di Kuching ini!

Sekiranya anda baru menjejakkan kaki ke Bandaraya Kuching, mungkin artikel ini berguna untuk anda:

Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)
Sedap Dimasak Bersama Belacan, Ketahui 5 Kebaikan ‘Midin’ Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Ketahui Wong Pala Munsoh Di Sarikei
Next Article Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Borneo Tropical Rainforest Resort Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?