Buat pertama kali dalam sejarah, Datuk Pandelela tidak akan membawa pulang pingat dari Sukan Komanwel
Netizen Berang Media Malaysia Masih Lapor Prestasi Pandelela Guna Headline Negatif. Buat pertama kali sejak penampilan sulungnya di Sukan Komanwel, Datuk Pandelela kali ini akan pulang tanpa pingat setelah gagal perform untuk 10m platform seirama campuran.
Acara tersebut merupakan peluang terakhirnya untuk memperoleh pingat selepas gagal berbuat demikian untuk acara 10m platform wanita dan 10m platform seirama.
Meskipun beliau gagal memperoleh pingat kali ini untuk Sukan Komanwel dan perkara tersebut telah dilaporkan di media Malaysia, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan media Malaysia kerana menggunakan tajuk negatif untuk melaporkan berita tersebut.

Salah satu portal berita melaporkan Datuk Pandelela “terus menghampakan negara”
Setelah kegagalan Datuk Pandelela untuk meraih pingat dilaporkan oleh media Malaysia, netizen menyedari bahawa tajuk beberapa berita memaparkan kehilangannya secara negatif.
Tajuk utama yang menimbulkan kekecohan di kalangan netizen adalah seperti “Datuk Pandelela pulang tangan kosong”, “Terjun dalam kekecewaan?” antara yang lain.


“Wow Malaysian press, such a motivational highlighting,” – netizen
Walaupun secara teknikalnya tidak salah, rata-rata netizen berpendapat bahawa media Malaysia harus cuba melaporkan kegagalan Datuk Pandelela dalam sudut yang lebih bermotivasi.
Kebanyakan netizen mengulas bahawa walaupun Datuk Pandelela kehilangan peluangnya untuk memperoleh sebarang pingat untuk Sukan Komanwel tahun ini, rakyat Malaysia mesti ingat bahawa beliau telah menyumbang pingat untuk negara sebelum ini dan kegagalan ini adalah kekalahan besar pertamanya sejak penampilan sulungnya dalam Sukan Komanwel.


Terdapat juga di kalangan netizen yang menyatakan bahawa bagaimana laporan media mengenai atlet ini boleh menjejaskan mental mereka kerana sudut negatif yang diletakkan dari tajuk berita jika atlet-atlet ini tidak beraksi dengan baik.
Antaranya seperti:





“It was never easier to compete here; I struggled with my individual event,” – Datuk Pandelela
Selepas mengalami kekalahan dalam Sukan Komanwel tahun ini, Datuk Pandelela berkongsi perasaannya melalui Facebook rasminya.
Menurutnya, ia tidak pernah mudah untuk bertanding di temasya ini dan kali ini, nasib tidak menyebelahi pasukan mereka. Malah, beliau berterima kasih dengan jurulatih dan sepasukannya yang sering menyokong beliau serta menjadi sumber motivasi kepadanya.
Tough love in Birmingham. It was a humbled experience in my 4th Commonwealth Games. It was never easier to compete here;…
Posted by Pandelela Rinong on Monday, August 8, 2022
Pengalaman yang sukar di Birmingham. Ia adalah pengalaman yang merendah diri dalam Sukan Komanwel ke-4 saya. Ia tidak pernah mudah untuk bertanding di sini; Saya mengalami kesukaran dengan acara individu saya. Walaupun kami melakukan beberapa terjunan hebat dalam acara seirama kami dengan Dhabitah Sarbri, dan dengan Jellson Jabillin dalam acara seirama campuran, nasib tidak menyebelahi kami. Saya gembira dengan perkongsian kami, terutamanya Jellson, yang terpaksa bersaing semasa mengalami kecederaan. Namun begitu, saya amat berbangga dengan pasukan terjun Malaysia, terutamanya anak-anak muda yang beraksi dengan baik kali ini. Ini hanyalah permulaan; hanya percaya pada masaNya. Kadangkala, anda perlu mengalami kebaikan dan keburukkan untuk mendorong anda ke hadapan. Saya akan pulang untuk bermuhasabah dan memulihkan kesihatan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan, terutamanya jurulatih dan rakan sepasukan saya, yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya. Anda adalah sumber motivasi saya untuk terus terjun. Saya akan membalas budi anda dalam pertandingan saya yang seterusnya.”
Datuk Pandelela Rinong
Rata-rata netizen memberi kata-kata motivasi kepada Datuk Pandelela dan meskipun kali ini beliau gagal membawa pulang pingat, perkara ini tidak menghentikan mereka untuk sentiasa menyokong beliau.
Antaranya seperti:



Apa-apa pun, pasukan terjun Malaysia telah melakukan yang terbaik tetapi seperti yang dinyatakan Datuk Pandelela, nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.
Semoga Datuk Pandelela dan pasukannya mengambil pengalaman ini sebagai motivasi untuk melakukan yang lebih baik dalam pertandingan seterusnya!