• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

Oleh
Husna Hazmi
9 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Serpihan tersebut ditemui di kebun persendirian sebuah rumah panjang di Miri.

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri. Baru-baru ini satu dunia digemparkan dengan berita sebuah Rocket seberat 21 tan daripada negara China gagal dikawal dan bakal terhempas di permukaan bumi.

Tidak lama kemudian disusuli pula dengan laporan berita di mana serpihan logam dipercayai daripada Rocket China ditemui di Sepupok Niah, Miri pada 1 Ogos 2022.

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri
Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri. Sumber foto: Borneo Network

Dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China

Terkini, dilaporkan daripada akhbar tempatan, satu lagi objek dipercayai merupakan serpihan roket Long March 5B milik China dijumpai di sebuah kawasan kebun persendirian berhampiran Rumah Ngadan di Sungai Kurong, Suai, Miri pada hari Ahad.

Menurut Pemangku Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee, sekitar jam 2.19 petang Isnin pihak beliau telah menerima panggilan khidmat khas berhubung penemuan objek disyaki serpihan roket milik China daripada Balai Polis Batu Niah.

Bertindak segera atas panggilan diterima, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah bergegas ke lokasi yang sejauh 33 kilometer (km).

Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) yang lengkap berpakaian operasi dan menggunakan alat pernafasan di lokasi yang dinyatakan mendapati benar terdapat satu objek yang tidak dikenal pasti di sebuah kawasan kebun kelapa sawit yang terletak kira-kira 100 meter dari Rumah Ngadan, Sungai Kurong, Suai.

“Objek berwarna kelabu itu dijumpai terpacak ke dalam tanah dengan bahagian yang timbul setinggi satu kaki dari permukaan tanah,” jelas beliau.

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri
Sumber foto: Utusan Borneo

Penghuni rumah panjang dinasihati agar tidak menghampiri kawasan objek tersebut

Berikutan kejadian, PKO telah mengambil beberapa gambar objek untuk tindakan dan rujukan selanjutnya manakala penghuni rumah panjang berkenaan dinasihati agar tidak menghampiri kawasan objek tersebut buat sementara waktu.

Beliau juga turut berkata bahawa operasi pada hari Ahad terpaksa ditangguhkan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak yang berkaitan.

Objek dipercayai serpihan roket itu telah dijumpai sekitar jam 5.30 petang Ahad oleh pemilik kebun dan kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama, pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga telah dimaklumkan tentang penemuan terbaru tersebut.

Jika anda ketinggalan mengenai Rocket China terhempas baru-baru ini, anda boleh baca di sini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Next Article Netizen Berang Media Malaysia Masih Lapor Prestasi Pandelela Guna Headline Negatif Netizen Berang Media Malaysia Masih Lapor Prestasi Pandelela Guna Headline Negatif

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?