• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

Oleh
Ismail NA
8 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tetap anggun meskipun lincah bersilat.

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat. Jika suatu masa dahulu, seni silat ini hanya dipelajari oleh orang Melayu, kini seni mempertahankan diri ini sudah dikenali di peringkat global, bahkan setaraf dengan taekwondo, muay thai apabila ianya turut dipelajari oleh masyarakat bukan Melayu.

Namun, ada satu perkara menarik tentang pesilat bukan Melayu yang ingin kami kongsikan kepada anda. Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Merrywati Manuil menjelaskan pertanyaan netizen terhadapnya yang musykil mengapa beliau mengenakan tudung meskipun beliau beragama Kristian.

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat. Sumber: FB Merrywati Manuil

Penjelasan yang dibuat oleh Merrywati ini telah tular di media sosial dan mendapat lebih 4,800 perkongsian serta lebih 1,200 komen netizen.

Bukan paksaan, tetapi mahu nampak lebih sopan dan kemas sewaktu bersilat

Seni mempertahankan diri silat yang diwarisi oleh orang Melayu diakui oleh Merrywati sebagai sesuatu yang begitu dihormati, dikagumi serta dicintainya.

Keputusannya untuk memakai hijab atau tudung ini bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak, tetapi sebaliknya bagi memuliakan seni silat itu sendiri terutamanya apabila dilakukan oleh para wanita.

Sumber: FB Merrywati Manuil

Penjelasannya di Facebook juga menampakkan bahawa pesilat yang berasal dari Sabah ini memahami tentang hijab dan signifikannya kepada wanita Melayu Muslim. Katanya, selain daripada fungsi tudung yang sememangnya wajib dikenakan oleh wanita Melayu bagi tujuan menutup aurat, pemakaian tudung ini juga sebenarnya menyerlahkan lagi kesopanan dan kekemasan semasa bersilat.

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Sumber: FB Merrywati Manuil

Malah, pesilat berbangsa Murut ini juga berpendapat bahawa pemakaian tudung semasa bersilat menjadi pelengkap kepada seni silat yang penuh dengan tata tertib dan adab.

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Sumber: FB Merrywati Manuil
Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Sumber: FB Merrywati Manuil

Perguruannya dengan seni silat orang Melayu menjadikan beliau bersikap lebih bertoleransi dengan mengamalkan sebaiknya ilmu silat dengan penuh dedikasi.

Merrywati, juara dunia silat Solo Kreatif Putri

Untuk makluman, Merrywati Manuil merupakan salah seorang pesilat daripada pasukan Pencak Silat Negeri Sabah. Beliau telah memenangi pingat emas untuk acara Solo Kreatif Putri sekaligus dinobatkan sebagai juara dunia semasa Kejuaraan Dunia Pencak Silat ke-19 2022 yang diadakan di MITC Melaka pada penghujung Julai lalu.

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat
Merrywati bersama pasukan pencak silat Sabah sewaktu Kejuaraan Dunia Pencak Silat ke-19 2022. Sumber: FB Majlis Sukan Negeri Sabah

Merrywati meraih pingat emas tersebut bersama tiga lagi rakan sepasukan Sabahnya menerusi acara yang berbeza, iaitu Luqman Laji (Regu Putra), Sazlan Yuga (Ganda Putra), dan Nor Farah Binti Mazlan (Putri A & Pesilat Terbaik Wanita).

Ayu je kan Merrywati ni? Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan!

Lagi sikap toleransi masyarakat Sabah yang patut kita contohi:

SUMBER :FB Merrywati Manuil
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Next Article Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?