• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Ini Tampil Perbetul Tanggapan Salah Wanita Persenda Laksa Sarawak

Oleh
Aina Musa
15 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Netizen Ini Tampil Perbetul Tanggapan Salah Wanita Persenda Laksa Sarawak

Agak-agak kenapa wanita tersebut dikecam hebat?

Netizen Ini Tampil Perbetul Tanggapan Salah Wanita Persenda Laksa Sarawak. Sejak semalam, media sosial kecoh apabila seorang wanita dikatakan mempersenda Laksa Sarawak. Difahamkan, wanita tersebut datang ke Sarawak untuk bercuti dan mengambil kesempatan mencuba hidangan tempatan yang terkenal itu.

Namun, apa yang menyebabkan beliau tular baru-baru ini ialah rakannya telah memuat naik sebuah video di Facebook yang menyatakan rasa mi tersebut seakan-akan rasa jamu.

Netizen Ini Tampil Perbetul Tanggapan Salah Wanita Persenda Laksa Sarawak. Sumber: Tiktok Aniq93

Wanita tersebut mencuba Laksa Sarawak di sebuah medan selera di Kuching. Dalam video yang dimuat naik, beliau membuat ulasan tentang mi tersebut sambil menutup hidungnya dan mengatakan, ‘macam bau jamu’, sambil berseloroh.

Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan netizen yang mempertahankan keaslian dan keunikan rasa Laksa Sarawak.

Susulan itu, seorang individu di TikTok yang dikenali sebagai Aniq93, tampil memberi pendapatnya mengenai tindakan wanita tersebut. Menurutnya, apa yang dimakan oleh wanita itu sebenarnya adalah ‘Yong Tau Fu’ yang berkuahkan kari, bukannya Laksa Sarawak.

Tambahnya lagi bahan-bahan seperti sayur-sayuran hijau, khususnya sayur sawi yang terdapat dalam hidangan wanita tersebut, tidak digunakan dalam Laksa Sarawak asli.

Beliau juga menasihati wanita itu untuk mengambil kesempatan semasa masih berada di Sarawak untuk singgah ke kedai-kedai yang menjual Laksa Sarawak yang sebenar.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Sungai Ini Antara Sungai Tercemar Di Sarawak Menurut Data Indeks Kualiti Air 2023 5 Sungai Ini Antara Sungai Tercemar Di Sarawak Menurut Data Indeks Kualiti Air 2023
Next Article Kantoi Cuba Curi Kabel Elektrik, Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan Kantoi Cuba Curi Kabel Elektrik, Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?