• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online

Oleh
Nazihah AN
4 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online

Dikatakan ada juga pempengaruh yang berasal dari Sabah Sarawak

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online. Telah tular di laman sosial di mana pempengaruh-pempengaruh (influencer) di Malaysia dikatakan telah melanggar undang-undang Malaysia dengan mengiklankan judi online melalui platform mereka.

Hal ini pada awalnya, netizen mula merasa ragu terhadap seorang pempengaruh yang baru berusia 19 tahun tetapi sudah boleh membeli kenderaan mewah jenama Mercedes dengan bayaran tunai RM170K.

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online

Pihak polis berjaya menahan beberapa suspek yang terlibat dalam mengiklan video perjudian haram

Satu pendedahan dibuat ke atas pempengaruh instagram tersebut, yang dituduh telah mengecapi kemewahan kerana sumber wang haram dengan membuat paid review syarikat judi.

Tidak lama kemudian, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menerima sebanyak 38 laporan berkaitan dengan video promosi judi online yang juga terkait dengan pempengaruh tersebut.

Pihak polis turut menyatakan bahawa mereka telah berjaya mengesan dan menahan 8 individu (5 lelaki dan 3 wanita)yang disyaki terlibat sebagai pelakon, ejen, artis, juru video/ kamera serta produser/ pengarah penggambaran video promosi tersebut.

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online

Apa Beza Judi Online Dengan Judi Berlesen

Judi Online:

Di bawah Akta Rumah Judi Am 1953 di Malaysia, promosi kasino dalam talian pada umumnya tidak dibenarkan. Oleh itu, promosi untuk kasino dalam talian kemungkinan besar akan dianggap sebagai haram di bawah Akta ini.

  • Definisi: Merujuk kepada aktiviti perjudian yang dijalankan melalui platform dalam talian, seperti laman web kasino atau aplikasi perjudian.
  • Kebolehcapaian: Boleh diakses dalam talian melalui peranti elektronik seperti komputer, telefon pintar atau tablet.
  • Undang-undang: Situasi perjudian dalam talian boleh jatuh ke dalam kawasan kelabu atau menyalahi undang-undang dalam beberapa bidang undang-undang, terutamanya jika ia TIDAK dikawal atau dilesenkan oleh pihak berkuasa.

Judi Berlesen:

Di Malaysia, peraturan promosi berkaitan perjudian, seperti cabutan bertuah (loteri), peraduan dan pertandingan, dikawal oleh Akta Rumah Perjudian Bersama Malaysia 1953 (CGHA) dan Akta Loteri Malaysia 1952 (MLA)

  • Definisi: Merujuk kepada aktiviti perjudian yang dijalankan secara sah dan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan dengan memberikan lesen perjudian.
  • Lesen: Pengendali perjudian yang sah akan memegang lesen perjudian yang dikeluarkan oleh badan kawal selia, seperti Kementerian Kewangan di Malaysia.
  • Undang-undang: Perjudian berlesen dikawal oleh undang-undang tempatan yang menetapkan terma dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengendali untuk memastikan keadilan, kebolehpercayaan dan perlindungan pemain.

Susulan laporan tersebut, netizen turut dedah beberapa pempengaruh tempatan juga terlibat dalam promosi video judi online tersebut menerusi bebenang di laman Twitter.

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Sumber: Twitter (X)
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Sumber: Twitter (X)
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Sumber: Twitter (X)
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Sumber: Twitter (X)
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Sumber: Twitter (X)

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di bawah:

Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K
Judi Online Guna Facebook Gaming, Taktik Terbaru Sindiket Judi Haram
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Next Article Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?