• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu

Oleh
Aina Musa
4 Disember 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu

Nak short escape yang santai datanglah ke Bintulu

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu. Nak short escaping ke mana? Apa kata anda cuba untuk melawat ke Sarawak! Sebenarnya, banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Bumi Kenyalang ini, terutamanya di Bintulu. Kalau ikutkan memang tak cukup 3 hari 2 malam, tapi kita cuba terokai sebanyak yang boleh.

Berpandukan itinerari dari pihak Tourism Malaysia Sarawak, dalam artikel kali ini, kami akan tampilkan kepada anda bagaimana untuk meneroka Bandar Bintulu dan hidden gem nya selama 3 hari 2 malam. Let’s go!

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu

Hari Pertama

Itinerari hari Pertama

Menginap di Hotel Farfield by Marriot Bintulu (Anggaran RM 200 semalam menerusi website Trip.com)

Kelebihan: Berada di tengah-tengah bandar raya Bintulu, jarak perjalanan mengambil masa sekitar 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Bintulu.

Info menarik: Walaupun hotel ini hanya bertaraf 4 bintang, dekorasi dalamannya yang minimalis dan tenang membuatkan anda berasa seperti menginap di hotel 5 bintang. Tetamu juga disediakan bufet sarapan pagi. Kelengkapan seperti seterika, pengering rambut, peti ais dan cerek turut disediakan di sini.

Makan tengah hari di Paruq A&R di Kampung Kuala Segan, Bintulu. Untuk ke sini, pemanduan dianggarkan mengambil masa sekitar 17 minit sahaja dari hotel penginapan. Antara menu best seller mereka di sini adalah mi udang. Menariknya, udang yang digunakan semuanya bersaiz gergasi dengan harga yang berbaloi!

Aktiviti: Berkunjung ke Pantai Tanjung Batu. Disarankan untuk datang ke pantai ini pada sebelah petang. Pantai ini terletak 5km dari pusat bandar Bintulu dan menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan orang luar. Sementara menunggu view sunset di sini, boleh lepak dan santai sambil menikmati air kelapa muda di gerai-gerai di tepi pantai Tanjung Batu ini.

Makan malam di Paruq Menaga. Restoran ini terkenal dengan sajian makanan dari etnik Vaie. Antara menu recommended di sini ialah linut dimakan bersama sambal belacan, ikan asam pedas versi Sarawak dengan umai ikan tenggiri. Memang kombinasi yang paduuu!

📍159, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, Bintulu

⏰ 10 pagi hingga 5 petang

Hari Kedua

Itinerari hari kedua

Sarapan pagi di hotel (Hotel ini menyediakan pakej sarapan pagi)

Melawat ke Pekan Sebauh. Untuk ke ke sini, pemanduan dianggarkan mengambil masa satu jam dari hotel penginapan. Di sini anda boleh berjalan-jalan di sekitar pekan tersebut dimana terdapat beberapa deretan kedai lama yang masih berdiri teguh.

Tips: Nak fefeling klasik bolehlah lah ber-OOTD di sini berlatar belakangkan kedai-kedai lama.

Kredit: Facebook

Aktiviti seterusnya, anda boleh menyeberang ke pulau kecil di seberang pekan tersebut untuk melawat ke kuil terapung Natok Kong. Pengunjung perlu ke menaiki perahu untuk ke kuil yang penuh dengan sejarah ini. Nak ke seberang pun tak lama, sekitar 1 minit sahaja tau!

Makan tengah hari di Restoran Makanan Laut Mid Valley. Dah penat memandu apa kata anda singgah ke restoran makanan laut di sini. Menurut warga Bintulu sendiri, restoran ini menyediakan seafood terbaik di Bintulu. Antara menu yang paling di recommend di sini adalah spicy crab mereka!

📍Lot 193, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcitu Commerce Square, Bintulu

⏰Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi – 11 malam

Bergerak ke Taman Tumbina Bintulu.

Mendapat nama daripada gabungan dua unsur alam iaitu tumbuhan dan binatang, taman ini ditubuhkan dengan wawasan lokasi warisan untuk flora dan fauna Borneo. Buat anda yang sukakan flora dan fauna yang rare dari Borneo, singgahlah ke sini!

Hari Ketiga

Itinerari Hari Ketiga

Sarapan pagi di hotel.

Check out.

Sebelum berangkat pulang, apa kata anda singgah ke Pasar Tamu dan Pasar Utama Bintulu untuk membeli sedikit buah tangan atau ole-ole dari Bintulu.

Pasar Tamu dan Pasar Utama ialah dua pasar yang terletak berdekatan antara satu sama lain di tepi sungai yang menjual pelbagai hasil tempatan.

Antara cadangan buah tangan dari Bintulu semestinya belacan Bintulu yang selalu disebut-sebut!

Baca lagi artikel menarik:

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu
Ini 5 Panduan Kedai Makan Yang Patut Anda Cuba Sekiranya Ke Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Next Article Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?