• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara

Oleh
Ismail NA
13 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tawaran yang kedengaran menarik untuk jururawat dan doktor di seluruh dunia.

New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara. New Zealand pada ketika ini dikhabarkan kekurangan tenaga dan pakar kesihatan seperti jururawat, bidan dan doktor. Justeru, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa kerajaannya akan memberikan isyarat hijau bagi doktor dan jururawat dari luar negara untuk berkhidmat di negara itu.

Perubahan syarat imigresen akan berkuatkuasa mulai Khamis ini, di mana jururawat dan doktor dari luar negara yang ingin berkhidmat di negara berkenaan akan diberikan kelebihan status pemastautin tetap dengan segera serta keutamaan kemudahan kediaman.

New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara
New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara. Kredit foto: Silver Oaks College of Nursing

Doktor dari luar negara layak dapat status residensi

Golongan doktor dari luar negara pula akan dimasukkan dalam ‘Senarai Hijau’ New Zealand di mana membolehkan mereka mendapat residensi. Senarai hijau ini membenarkan pekerja mahir dalam jawatan yang sukar diisi diberikan status residensi.

Negara terbabit pada ketika ini berdepan dengan krisis kekurangan tenaga jururawat yang dianggarkan sebanyak 4,000 kekosongan jawatan jururawat, lapor Pertubuhan Jururawat New Zealand.

New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Sumber: GETTY IMAGES

Malah, jelas Menteri Kesihatan New Zealand, Andrew Little, untuk bidang kesihatan mental sahaja, ratusan jururawat diperlukan untuk menampung operasi kesihatan di negara berkenaan.

Sektor pendidikan dan pembinaan antara lain yang dimasukkan dalam Senarai Hijau

Selain sektor kesihatan, antara sejumlah sektor lain yang dimasukkan dalam Senarai Hijau adalah seperti sektor pendidikan dan pembinaan. Jacinda Ardern turut memberi jaminan kepada jururawat di seluruh dunia bahawa New Zealand adalah destinasi terbaik untuk tinggal, bekerja dan menikmati kehidupan.

Jika diberi peluang begini, adakah anda sanggup untuk memulakan cabaran baharu di negara luar seperti New Zealand? Sila komen di ruangan komen kami.

Persoalannya, hebat sangat ke New Zealand? Ini perkongsian dari rakyat Sarawak yang mesti anda baca jika ingin bekerja atau belajar di negara ini: Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa

SUMBER :AFP via Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan
Next Article Ketahui Sejarah Menarik, Balai Ringin International Airport Di Serian Ketahui Sejarah Menarik, Balai Ringin International Airport Di Serian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?