• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan

Oleh
Nazihah AN
13 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan

Bakal dijadikan warisan negara di Labuan

Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan. Telah dilaporkan penemuan baharu di Labuan semasa menjalankan aktiviti pendakian di hutan Pancur Hitam.

Menerusi laporan media tempatan, penemuan tersebut telah ditemukan oleh oleh sepasukan pendaki daripada MTB Park yang sedang mencari denai baharu pada Jun tahun lepas. Turut difahamkan bahawa ianya berkemungkinan menjadi tempat yang pernah didiami dahulu kala.

Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan
Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan. Sumber: BERNAMA

Difahamkan telah wujud sejak Perang Dunia II

Meskipun penemuan tersebut telah dilakukan pada Jun tahun lepas, ianya dirahsiakan untuk mengelakkan pencerobohan yang boleh membahayakan gua itu yang belum diterokai dan berpotensi untuk dijadikan warisan negara.

Ketua kumpulan pendaki tersebut, Jamil Kario berkata semasa mengkaji gua berkenaan bahawa penemuan tiga ruang gua yang ditutupi pasir itu telah wujud sejak Perang Dunia II, askar Jepun yang terkorban berkemungkinan menggunakannya sebagai tempat persembunyian mereka.

Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan
Sumber: BERNAMA

Mereka menemukan kawasan berongga, air terjun dan sejenis buluh jarang dijumpai yang tumbuh berhampiran gua.

Selepas masuk dan mendaki melalui gua pertama, kami dapati ia berkeluasan kira-kira 80 kaki (24 meter) panjang dan 40 kaki (12 meter) tinggi. Ketiga-tiga gua itu dihuni beribu-ribu kelawar yang bergayut pada bumbung gua. Sebaik anda masuk ke dalam gua tersebut, anda perlu meranduk air setinggi beberapa kaki air,”

Jelasnya terhadap media tempatan

Menurut media tempatan juga, penemuan ini juga sedang dibincangkan dalam mesyuarat antara Ketua Kampung Pohon Batu dengan Jawatankuasa Pemandu Geopark Kebangsaan mengenai kemungkinan mengiktiraf gua itu sebagai tapak geopark kebangsaan.

Mereka juga bersependapat agar kawasan itu dibangunkan sebagai destinasi sukan ekstrem dan pelancongan.

Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan
Sumber: BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Next Article New Zealand Tawar Status Pemastautin Tetap Untuk Jururawat Dan Doktor Luar Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?