• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi

Oleh
Ismail NA
24 Julai 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Langkawi, cinta pandang pertama yang bertukar pengalaman pahit

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi. Langkawi sememangnya destinasi yang selalu menarik perhatian pelancong, tak kira lokal atau asing. Setiap tahun, ribuan orang datang untuk menikmati pantai, pemandangan indah, dan aktiviti air yang mencabar.

Tapi, apa jadi bila pengalaman indah bertukar menjadi mimpi ngeri? Pengalaman mendebarkan ini berlaku kepada pempengaruh terkenal Sarawak yang baru lepas pulang bercuti di Langkawi, seperti yang diceritakannya di laman Facebook.

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi. Sumber: Facebook Ngektsai Army

Kejujuran akui cuai dibalas dengan ganti rugi belasan ribu

Segala-galanya bermula dengan aktiviti biasa di Langkawi – bermain jetski. Pempengaruh berkenaan menyewa jetski dari sebuah syarikat lokal. Malangnya, kemalangan berlaku dan terdapat bahagian jetski pecah. Ngektsai yang jujur, abaikan nasihat kawan yang panik dan mengaku kesalahan kepada pekerja khidmat jetski berkenaan. Pekerja tersebut menerima dengan baik dan memberi jetski baru untuk pempengaruh berkenaan sambung bermain jetski memandangkan masih ada baki masa untuk beliau bermain.

Selepas tamat bermain, Ngektsai kembali untuk membuat rundingan ganti rugi. Alangkah terkejutnya pempengaruh berkenaan apabila diminta untuk membayar sejumlah RM15,000 untuk bahagian jetski yang pecah. Paling mengejutkan, jumlah tersebut perlu dibayar pada hari yang sama. Selepas merayu, jumlah tersebut dapat dikurangkan kepada RM13,000. Bayangkan, RM13,000 hanya untuk pecahkan sedikit bahagian jetski!

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Sumber: Facebook Ngektsai Army

Situasi panik mengeluarkan wang sebanyak RM 13,000

Malangnya, permintaan pempengaruh tersebut untuk meninggalkan telefon pintar jenama iPhone sebagai jaminan untuk kembali sementara beliau mengambil wang di mesin atm tidak diterima oleh pengusaha jetski berkenaan. Ngektsai yang pergi bercuti berdua bersama rakannya perlu pergi ke atm sendirian kerana rakannya perlu menunggu di tempat pengusaha jetski.

Dengan perasaan seram sejuk, pempengaruh berkenaan terpaksa membawa wang berjumlah RM 9,000 sendirian dalam beg galas selepas mengeluarkannya daripada mesin atm. Disebabkan had transaksi, pempengaruh berkenaan tidak dapat mengeluarkan baki RM 4,000 baki mencukupkan bayaran ganti rugi. Memburukkan lagi keadaan, pengusaha jetski berkenaan tidak memberi kerjasama apabila memaksanya membayar baki berjumlah RM 4,000 pada hari yang sama.

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Sumber: Facebook Ngektsai Army

Hampir buntu dengan situasi berkenaan, pempengaruh yang terkenal dengan skit parodi dan video pesanan khidmat masyarakat itu terpaksa meminjam wang pendahuluan daripada rakannya di Langkawi untuk melangsaikan ganti rugi berkenaan.

Curiga apabila ganti rugi tidak disertakan dengan resit rasmi

Namun, apa yang mencurigakan pempengaruh Sarawak itu, bayaran sebanyak itu tidak disertakan dengan resit rasmi. Urusan transaksi berkenaan hanya bergantung pada video dan gambar milik Ngektsai sebagai bukti. Beliau juga mempersoalkan mengapa syarikat pengusaha jetski tersebut tidak mencadangkan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis bagi memudahkan urusan tuntutan ganti rugi, lebih-lebih lagi melibatkan jumlah yang besar.

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Sumber: Facebook Ngektsai Army

Buat laporan polis untuk keselamatan diri

Sepanjang pengalaman ini, Ngektsai sedar bahawa keselamatan diri adalah keutamaan. Walaupun panik, takut, dan terpaksa berpisah dengan kawan, pempengaruh berkenaan dilihat bertindak rasional dan terus membuat keputusan untuk buat laporan polis sebaik tiba di Sarawak bagi menjaga keselamatan diri sekiranya ada tuntutan lain yang dilakukan oleh pengusaha berkenaan pada masa depan, memandangan tiada bukti transaksi seperti resit rasmi dikeluarkan.

Pempengaruh Sarawak Dipaksa Bayar Ganti Rugi RM 13K Semasa Bercuti di Langkawi
Sumber: Facebook Ngektsai Army

Teguran buat pemain industri pelancongan dalam Malaysia

Di akhir hantaran tersebut, pempengaruh berkenaan juga menyuarakan kegusarannya tentang perbuatan pengusaha berkenaan yang merosakkan industri pelancongan dalam negara, sekaligus menyumbang kepada penurunan kadar pelancong di pulau berkenaan.

Kisah ini bukan untuk menakutkan, tapi sebagai peringatan. Kalau bercuti, jangan takut untuk persoalkan jumlah ganti rugi yang tak munasabah. Dan paling penting, pastikan ada resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

Langkawi memang indah, tapi kejadian macam ini boleh merosakkan pengalaman. Harapnya, pihak berkuasa dan syarikat perniagaan di sana lebih prihatin dan menjaga pelancong dengan lebih baik. Langkawi adalah antara 10 pulau tercantik di dunia, dan kita semua nak pastikan ia kekal sebagai destinasi idaman.

Baca juga kisah pemandu pelancong Sabah yang mahir 3 bahasa ini:

Pemandu Pelancong Di Sabah Mahir 3 Bahasa Curi Perhatian Netizen
Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong

SUMBER :Facebook Ngektsai Army
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Ramai Dinasihat Berwaspada, MetMalaysia Ramal Cuaca Kering Hingga 27 Julai
Next Article Galakkan Pelancongan Domestik, Tourism Malaysia Lancar Fly Borneo Specials Vol. 2

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?