• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi

Oleh
ILB - AI
7 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Niat Nak Mencuri, Perompak Memutuskan Untuk Mencabul Mangsa Yang Baru Habis Mandi

Suspek pecah masuk rumah mangsa untuk mencuri namun bertukar niat

Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi. Dilaporkan seorang wanita dicabul oleh seorang lelaki yang pada asalnya mahu merompak rumah wanita tersebut.

Dalam kejadian sekitar pukul 6AM, mangsa berusia 34 tahun terpaksa bergelut dengan suspek sebelum berjaya menyelamatkan diri untuk meminta bantuan jiran.

Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi
Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi

Kejadian berlaku di Kota Kinabalu, Sabah

Menurut laporan, mangsa baru selesai mandi apabila diserang oleh suspek dan diheret ke tilam mangsa.

Mangsa bergelut dan menjerit untuk meminta bantuan dan suspek telah memukul serta mencekik mangsa untuk menghentikan jeritan mangsa. Malah, kepala mangsa juga dihentak ke dinding bilik oleh suspek tetapi mangsa tetap berlawan.

Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi
Gambar sekadar hiasan.

Mujur mangsa berjaya melepaskan diri dengan membuka pintu utama dan menjerit meminta pertolongan. Seorang jiran terdengar jeritan mangsa dan segera memeriksa keadaan belakang rumah mangsa sebelum terlihat suspek melompat keluar dari tingkap rumah berkenaan.

Suspek merupakan salah seorang jiran mangsa

Mangsa dimaklumkan oleh jiran tersebut bahawa suspek itu dikenali oleh jiran berkenaan dan suspek tinggal di salah sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Laporan polis dibuat dan suspek ditahan serta pakaian yang dipakai ketika kejadian turut dirampas.

Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek mengaku masuk ke dalam rumah mangsa untuk mencuri namun bertukar niat cuba mencabul selepas melihat keadaan mangsa semasa kejadian.

Niat Asal Nak Mencuri Tapi Perompak Di Kota Kinabalu Ini Tukar Hajat Cabul Mangsa Baru Lepas Mandi
Gambar sekadar hiasan.

Suspek juga mempunyai rekod kesalah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul dan Seksyen 323 akta yang sama atas kesalahan mencederakan mangsa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Next Article TERKINI: Dua Kali Berturut-Turut Catat Kes Bawah 300, Hari Ini 289 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?