• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang

Oleh
ILB - AI
10 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Remaja lelaki Orang Asli usia 15 tahun maut dipijak gajah liar apabila diserang di kebun durian semasa mangsa bersama dengan keluarganya

Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang. Terkadang kita hanya berniat untuk bersama keluarga dan membantu mereka. Namun, yang dinamakan ajal ini bukan satu perkara yang boleh kita ramal. Seperti kejadian tahun lepas, dimana seorang wanita menemui ajalnya apabila dipijak oleh seekor gajah liar.

Kali ini, mangsanya adalah seorang remaja lelaki Orang Asli yang baru berusia 15 tahun. Andy Yok Manin, anak Orang Asli yang bersama dengan keluarganya di kebun durian telah diserang sehingga dipijak oleh seekor gajah liar.

Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang
Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang. Sumber gambar: BH ONLINE

Serangan gajah liar di Kampung Regang berjaya dihentikan dan dihalau oleh penduduk namun meneruskan serangan dengan menghala ke kebun durian Kampung Tual, tempat keluarga mangsa berada ketika serangan berlaku

Mangsa yang telah diserang dan dipijak tersebut telah disahkan meninggal dunia sebaik sahaja Ketua Polis Daerah Lipis tiba ditempat kejadian. Menurut Superintendan Azli Mohd Noor, hasil siasatan, gajah tersebut telah menghala ke arah kebun durian di Kampung Tual yang menjadi destinasi keluarga mangsa ketika itu.

Difahamkan, tindakan gajah tersebut beralih ke kebun durian tersebut kerana gajah tersebut telah dihalau oleh penduduk Kampung Regang apabila haiwan tersebut memulakan serangannya di kawasan berkenaan.

Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang
Niat Luang Masa Bersama Keluarga, Remaja Lelaki Temui Ajal Dipijak Gajah Di Lipis, Pahang. Sumber gambar: my Metro

Oleh kerana serangan haiwan tersebut berjaya dihentikan di Kampung Regang, haiwan tersebut meneruskan serangannya di kebun durian di Kampung Tual sehingga remaja lelaki Orang Asli ini menemui ajalnya.

Memandangkan remaja tersebut sememangnya telah kehilangan nyawanya akibat serangan tersebut, sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Sungai Koyan telah membawa mayat mangsa ke Unit Forensik di Hospital Kuala Lipis untuk mengetahui lebih lanjut tentang kematiannya selepas dibedah siasat.

Terkadang, haiwan liar ni bertindak menyerang sesuatu kawasan mahupun menyerang seseorang kerana ianya merasakan sesuatu ancaman atau habitatnya terganggu. Jadi, untuk keharmonian alam, banyak aspek yang perlu dijaga.

Untuk membawa dan mengetahui tentang cerita yang berkaitan dengan gajah ini, boleh baca artikel di bawah:

Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam Akan Berlaku
Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau
SUMBER :BH ONLINEMy Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Ekzos Bising, Tiga Remaja Lelaki Ditahan Polis Ubah Suai Motosikal Di Dalat Padah Ekzos Bising, Tiga Remaja Lelaki Ditahan Polis Ubah Suai Motosikal Di Dalat
Next Article [VIDEO] Ikan Empurau Sebesar 15KG Yang Dijual Di Tamu Simanggang Tarik Perhatian Netizen [VIDEO] Ikan Empurau Sebesar 15KG Yang Dijual Di Tamu Simanggang Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?