Pelbagai cara scammer untuk scam orang sekarang, terutama sekali kepada warga emas, mudah untuk di scam
Niat Mahu Berseronok Dengan Gadis Muda, Malah Duit RM245,210 Milik Atuk 71 Tahun Lesap Ditipu. Oleh kerana ingin berseronok dengan wanita muda, seorang pesara akauntan menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM245,210.
Menurut sumber, lelaki berusia 71 tahun dari Mumbai, India itu mendakwa dia menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali menawarkan perkhidmatan untuk membekalkan gadis muda untuk tujuan berseronok atau sekadar teman.
Menerima mesej individu tidak dikenali
“Sebagaimana kenyataan kepada polis pada 23 Mac lalu, warga emas itu menerima mesej melalui telefonnya supaya menghubungi nombor berkenaan jika mahu berkenalan dengan gadis cantik. Mangsa menghubungi nombor tersebut daripada situlah penipuan bermula,” menurut kenyataan dari pegawai polis.
Pemilik nombor telefon itu kemudian memberikan beberapa imej gadis muda dan cantik dan menggesa warga emas tersebut untuk memilih salah seorang daripada mereka.
Ada jumlah pendaftaran dibayar untuk menerima gambar gadis
Bagaimanapun, untuk menerima gambar itu, warga emas itu dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak Rs 2,100 bersamaan RM114. Warga emas itu kemudiannya membuat bayaran yang dikehendaki melalui sistem perbankan internet.
Menurut pegawai polis itu, selepas membayar yuran pendaftaran, mangsa melakukan banyak lagi transaksi pembayaran kepada wanita tidak dikenali itu dalam pelbagai jumlah bagi mendapatkan seorang gadis, sehingga jumlah nilai transaksi mencecah RM245,000.
Tambah pegawai polis itu lagi, mangsa juga meminjam wang daripada rakannya untuk menampung jumlah yang diperlukan.
Selepas wanita itu asyik meminta wang, mangsa menyedari dia menjadi mangsa penipuan dan melaporkannya kepada polis.
