I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda

Oleh Kedung BK 18 Julai 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda

Mangsa ditipu RM500 oleh seorang scammer yang menyamar sebagai janda

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda. Mempunyai anak merupakan pengalaman yang menggembirakan ibu bapa, sama ada anak kandung atau anak angkat.

Bagi wanita ini, niatnya untuk mengambil bayi sebagai anak angkat menjadi musnah apabila ditipu RM500 oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya janda.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda

Terdesak untuk memberikan ‘bayi’ itu

Menurut wanita berkenaan, Nurzaliza Khalid menerusi Facebook, beliau berkongsi bagaimana beliau ditipu oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya janda yang terdesak untuk memberikan bayinya sejurus selepas bersalin.

Dalam catatan Facebook yang dikongsinya, beliau berkata penipu itu mendakwa sebagai orang susah yang tidak mampu menjaga bayinya yang baru lahir memandangkan bayi itu merupakan anak ketiganya. Penipu tersebut juga menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak dialu-alukan di rumahnya sekiranya dia membawa balik bayi itu dan merayu Nurzaliza untuk mengambil bayi berkenaan secepat mungkin.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

Apabila diminta buku pink bayi itu, penipu itu memberi alasan menyatakan doktor menahan buku pink berkenaan. Penipu terbabit, yang mendakwa mendapat nombor Nurzaliza daripada salah seorang pembersih hospital, turut memberikan IC palsu kepada Nurzaliza untuk mendapatkan kepercayaan Nurzaliza.

Menurut Nurzaliza, IC yang diberikan oleh penipu itu bukan miliknya, tetapi perkara ini tidak diketahui Nurzaliza sehingga kemudian. Malah apabila penipu itu memberikan gambar ‘kad pengenalan’nya, nombor IC telah ditapis dengan alasan ‘takut memberi nombor kad pengenalannya kepada orang yang tidak dikenali.’

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

Oleh kerana penipu itu terdesak untuk Nurzaliza mengambil bayi berkenaan dengan segera, Nurzaliza telah dimanipulasi untuk menghantarkan wang kepada penipu itu untuk mempercepatkan proses pengambilan anak angkat kerana penipu itu mendakwa pasangan lain berminat untuk mengambil bayi terbabit serta untuk membantu wanita tersebut untuk memudahkan urusannya.

Apa yang menjadikan perkara itu lebih mencurigakan ialah penipu itu mendakwa tidak mempunyai akaun bank dan mencadangkan Nurhaliza menghantarkan wang tersebut menerusi akaun bank “orang sebelah katil” nya di wad.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

Berjaya menipu mangsa RM500

Penipu itu ternyata berjaya memanipulasi Nurzaliza kerana Nurzaliza, jelas kerana simpati, cuba sedaya upaya membantu ‘janda’ itu dari segi kewangan untuk memudahkan urusan mereka berdua.

Penipu itu malah berjaya memanipulasi Nurzaliza untuk datang jauh ke Miri dari Bintulu untuk mengambil bayi itu di sebuah hotel yang didakwa tempat penipu terbabit menginap.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

Nurzaliza hanya menyedari beliau ditipu ketika tiba di Miri untuk mengambil bayi itu tetapi wanita berkenaan tiba-tiba menghilangkan diri. Apabila beliau cuba menghubungi Hospital Miri untuk mendapatkan penjelasan, beliau menyedari nama pada IC yang diberikan oleh penipu itu tidak pernah daftar masuk di hospital tersebut.

Baru sahaja Nurzaliza dan suaminya hendak membuat laporan polis, wanita itu menghubungi mereka semula dan mendakwa telefonnya diambil oleh bekas suaminya yang enggan memberikan bayi yang baru lahir itu sebagai anak angkat.

Apabila wanita terbabit mendakwa menginap di Kingwood Hotel Miri, Nurzaliza menelefon pihak hotel untuk pengesahan tetapi untuk menyedari nama dalam IC yang diberikan wanita itu tidak pernah mendaftar masuk juga.

Apabila Nurzaliza sendiri ke hotel terbabit, beliau cuba sekali lagi menghubungi wanita itu tetapi tidak berjaya. Dengan hati yang kecewa, Nurzaliza dan suaminya pulang semula ke Bintulu dan kini tidak pasti sama ada ‘bekas suami’ wanita itu benar-benar wujud atau tidak.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

“Ini LR, bukan wad,” – Netizen

Rata-rata netizen bersimpati dengan Nurzaliza yang ditipu oleh wanita berkenaan. Malah, mereka juga menunjukkan beberapa gambar yang dihantar oleh wanita itu untuk memanipulasi Nurzaliza juga adalah palsu.

Menurut Nurzaliza, beliau telah ditipu RM500 dan mengalami kerugian sekitar RM1k sebagai perbelanjaan untuk persediaan mengambil bayi itu serta datang ke Miri dari Bintulu.

Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Duit yang dihantar kepada penipu tersebut. Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid
Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda
Kredit foto: FB Nurzaliza Khalid

Ini memang satu kejadian yang amat menyedihkan bagi Nurzaliza – apabila ada orang yang sangat teringin untuk mendapatkan anak, ada juga di luar sana yang mengambil kesempatan. Semoga Nurzaliza dapat menyelesaikan perkara ini dengan kerjasama pihak polis dan orang lain tidak menjadi mangsa penipu seperti ini.

Agak-agaknya golongan scammer ni memang sanggup buat apa sahaja untuk menipu:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?’ – Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu
Next Article Jambatan Gabungkan Ladang Sawit Dengan Gedong Runtuh Jambatan Milik Ladang Sawit Swasta Di Gedong Runtuh

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?