• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pinjam Wang RM 45, Wanita Ini Dicurigai ‘Scammer’ Sebab Guna Alasan Sama

Oleh
ILB - AI
10 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rare juga minta pinjam RM 45 jer.

Pinjam Wang RM 45, Wanita Ini Dicurigai ‘Scammer’ Sebab Guna Alasan Sama. Nilai wang yang dipinta mungkin sedikit tapi hakikatnya “sikit-sikit lama-lama boleh jadi bukit”. Sekiranya ada yang termakan dengan kata-kata nya maka sudah pasti nilai sedikit akan menjadi banyak di kemudian hari.

Dengan nama akaun FB Fatah Nur, wanita ini sering menghantar skema karangan atau mesej yang sama untuk ‘scam’ kenalannya untuk memberikannya pinjaman sebanyak RM30 ke RM45. Bukan sekali, tetapi hampir setiap hari!

Pinjam Wang RM 45, Wanita Ini Dicurigai 'Scammer' Sebab Guna Alasan Sama
Pinjam Wang RM 45, Wanita Ini Dicurigai ‘Scammer’ Sebab Guna Alasan Sama. Sumber: FB Farnis Marion

Ramai yang telah menjadi mangsa ‘scam’ Fatah

Menerusi unggahan FB milik Farnis Marion, beliau yang merupakan pemilik Farnis Lash and Esthetician dan pengusaha kecantikan menjadi mangsa umpan Fatah dan menerima pesanan daripada mangsa Fatah hampir setiap hari.

Tidak tahan dengan pesanan dan dikaitkan dengan wanita bernama Fatah itu, beliau mengalami ‘anxiety’ untuk mengangkat panggilan telefon dan membuat keputusan untuk menularkan perbuatan mencurigakan wanita berkenaan.

Sumber: FB Farnis Marion

Tragisnya, nama Anis dikaitkan oleh Fatah untuk mendapatkan kepercayaan rakan dan kenalan yang lain. Justeru, beliau telah menerima banyak keluhan daripada mangsa-mangsa Fatah yang menggunakan modal alasan “untuk belanja dan bayar bil internet” ini.

Rakan atau kenalan yang terkena rayuan Fatah ini tidak mengira jantina dan status. Malah, suami kepada salah seorang rakan perempuan Farnis juga turut terkena tempias.

Sumber: FB Farnis Marion

Siapa sebenarnya Fatah Nur ini?

Curiga dengan niat wanita ini, ada dalam kalangan mangsa yang enggan memberikan “bantuan” kewangan kepada Fatah atas alasan wanita ini sebenarnya bukan daripada keluarga biasa-biasa. Dalam erti kata lain, berasal dari keluarga yang berada.

Ada juga yang mengambil pendekatan berwaspada kerana sukar untuk memastikan akaun FB Fatah Nur kerana dikhuatiri akaun wanita ini disalahgunakan oleh scammer.

Sumber: FB Farnis Marion

Haih. Macam tak logik la juga kalau hari-hari nak pinjam duit. Walaupun jumlah sedikit, tapi kalau hari-hari, boleh jadi beratus, hatta beribu juga tu. Hati-hati semua.

Ini pula kes terbaharu ‘scammer’ Sabah yang guna alasan diburu Ah Long baru-baru ini:

SUMBER :FB Farnis Marion
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini
Next Article Siapakah Sebenarnya Dato Permaisuri, Nama Legenda Yang Sinonim Dengan Bandaraya Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?