Sam’s Soft Serve Ice Cream terletak bersebelahan kedai alat tulis Samfah
Beli Alat Tulis Sambil Nikmati Aiskrim Di Sam’s Ice Cream. Jika anda gemar membeli alat tulis, kemungkinan besar anda pernah mendengar tentang kedai alat tulis Samfah yang terletak di Sungai Maong.
Namun, tahukah anda di sebelahnya terdapat kedai aiskrim yang menawarkan pelbagai perisa yang menarik? Bukan sahaja aiskrim mereka sedap, aiskrim mereka juga selalunya dikatakan segar, berkrim dan teksturnya smooth gila! Pastinya pencuci mulut yang patut dicuba jika anda sudah bosan dengan aiskrim mainstream yang lain.

Pelbagai jenis perisa yang harus dicuba
Selain perisa original, perisa lain yang ditawarkan adalah matcha, coklat, gula apong, Ocean (ais krim berperisa masin) dan sebagainya! Mereka juga telah berkata melalui halaman Facebook mereka bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan perisa baharu tidak lama lagi! Wow… tak sabar pula nak cuba!

Yang menarik lagi, bukan sahaja ais krim mereka ditawarkan dalam kon, anda juga boleh membeli ais krim mereka yang tersedia dalam cawan – memang memudahkan jika anda mahu tapau balik ke rumah!
Anda boleh lihat sendiri ais krim yang ditawarkan oleh Sam’s Soft Serve Ice Cream di bawah:



Jika anda mahu mencuba ais krim mereka tetapi tidak dapat mengunjungi kedai mereka, jangan risau! Sam’s Ice Cream juga tersedia dalam aplikasi Grab dan Food Panda untuk kemudahan anda – jadi anda cuma perlu tempah dalam talian dan tunggu ais krim mereka tiba ke pintu rumah anda.
Maklumat penting
Lokasi: 461 – 465, Sg Maong Commercial Centre, Lor Datuk Temenggong Tan Meng Chong 8, 93150 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 8am-5:30pm
Hubungi mereka: 082-232 358