• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan

Oleh
Nazihah AN
18 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penduduk Senadin digemparkan dengan penemuan objek mencurigakan di Masjid

Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan. Sebuah insiden telah berlaku di masjid Senadin apabila dua objek mencurigakan ditemui, menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput ditahan pihak polis.

Menurut ACP Alexson Naga Chabu selaku Ketua Polis Daerah Miri, pihaknya menerima laporan tentang penemuan dua bungkusan yang kelihatan seperti bahan letupan di masjid tersebut kira-kira pukul 1 petang.

Sumber foto: The Borneo Post. Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan

Susulan penemuan itu, Unit Pengendalian Bom IPD Miri telah dikerahkan ke lokasi dan mengambil tindakan keselamatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan bukanlah bahan letupan, menurut laporan media tempatan.

Kes ini kini dalam siasatan di bawah Seksyen 298 dan 506 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk sekitar. Pihak polis telah menjalankan rondaan di kawasan tersebut dan penduduk berjiran diminta mengosongkan kediaman mereka sementara pemeriksaan dijalankan. Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh dilaporkan ke balai polis terdekat atau menghubungi talian 085-433760.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai bom:

Padah Gurau Bom Di Airport Tawau, Individu Diarah Jalani 360 Jam Khidmat Masyarakat
Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Jurusan Kosmetologi Sabah Wakili Malaysia Di Taipei
Next Article Pengambilalihan MASWings Akan Dimuktamadkan Disember Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?