• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Belum habis kisah serpihan yang lain, ada lagi penemuan baru.

Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang. Rasanya baru sahaja beberapa minggu lepas beberapa bahagian di Sarawak heboh tentang penemuan serpihan roket dari China. Rasanya juga belum selesai sepenuhnya siasatan untuk penemuan sebelumnya.

Kali ini penemuan objek yang dipercayai serpihan roket Long March 5B ditemui di atas bumbung rumah dan kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa serta dengan bantuan pihak Bomba.

Penemuan objek di atas bumbung sebuah rumah panjang Renyam, Sungai Asan Bayu berdekatan dengan kawasan Bintangor ini mungkin ada kaitan dengan serpihan yang sebelum-sebelum ini.

Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang
Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang

Kalau bumbung tidak berlubang dan bocor, objek ini mungkin tidak diketahui.

Menurut pemilik rumah, beliau mempercayai bahawa objek tersebut telah berada di atas bumbung sejak minggu lepas kerana beliau tidak berada dirumah atas urusan kerja.

Katanya, beliau agak terkejut mendapati bahawa bumbung rumah beliau telah berlubang dan bocor ketika kembali ke rumah panjang terbabit.

Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang
Sumber gambar: FB Sarikei Virals

Kesan yang dalam dan saiz lubang yang agak lebar.

Objek yang dijumpai di atas bumbung tersebut telah tersekat di kayu alang rumah dan ini membuktikan bahawa objek tersebut terhempas dengan hentaman yang sangat kuat kerana dapat menembusi bumbung rumah. Bahkan hentaman tersebut telah meninggalkan bekas dengan kedalaman kurang daripada 1 inci.

Hentaman kuat tersebut bukan sahaja meninggalkan kesan dengan kedalaman sedemikian malah kesan lubang akibat hentaman objek tersebut mempunyai saiz yang agak jelas dengan anggaran 2 inci lebar dan 3 inci panjang.

Disebabkan hentaman yang kuat ini telah menjadi punca bumbung rumah panjang pemilik telah bocor.

Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang
Sumber gambar: FB Sarikei Virals

Oleh kerana belum ada kepastian yang sahih tentangnya, maka objek yang dipercayai serpihan roket Long March 5B ini telah diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lebih lanjut.

Baru-baru ini pun beberapa bahagian di Sarawak telah digemparkan dengan penemuan serpihan-serpihan roket. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh baca artikel berikut:

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri
Objek Logam Ditemui Berhampiran Sempadan Sarawak-Kalimantan, Dipercayai Serpihan Roket
SUMBER :FB Sarikei Virals
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-gara Isteri Diserang Strok, Suami Sanggup 'Buang' Isteri Dalam Hutan Gara-gara Isteri Diserang Strok, Suami Sanggup ‘Buang’ Isteri Dalam Hutan
Next Article Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?