• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda

Jangan jadi mangsa sindiket penipuan macau scam

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes penipuan telah dilaporkan dan menyebabkan mangsa telah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit.

Perkara ini sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana sudah sering kita baca di keratan akhbar dan media sosial tentang perilaku yang tidak senonoh oleh penipu macau scam ini dan ramai yang telah menjadi mangsanya.

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda

Ada juga diantara kita sudah lali dengan isu penipuan ini, bahkan dengan sekali imbas sahaja di telefon bimbit kita sudah peka bahawa hantaran SMS yang diterima adalah satu penipuan untuk tipu daya muslihat mereka.

Namun, terdapat juga segelintir rakyat Malaysia tidak biasa dengan modus operandi yang dijalankan oleh penyangak macau scam ini sehingga menyebabkan mereka terjerat dengan penipuan itu.

Seringkali kita dengar, kebanyakkan mangsa macau scam ini adalah terdiri daripada golongan suri rumah, warga emas, pelajar universiti bahkan ada juga yang dari golongan profesional.

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto; CNA

Aplikasi untuk elak menjadi mangsa penipuan

Oleh itu, sebagai lengkah berjaga-jaga, terdapat beberapa aplikasi yang anda boleh muat turun untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh sindiket penipuan macau scam ini.

Berikut adalah dua aplikasi yang boleh membantu anda untuk mengesan sama ada nombor yang menghubungi anda adalah scam atau tidak:

1. Aplikasi Truecaller

Aplikasi ini direka untuk menjadikan komunikasi dalam talian lebih selamat dan cekap dengan mendedahkan identiti setiap panggilan yang masuk.

Truecaller mampu mengenal pasti semua panggilan yang masuk dari seluruh dunia dan secara automatik akan menghalang penjenayah spam yang dikenal pasti.

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Antaramuka aplikasi Whoscall. Kredit: Appstore Truecaller

Untuk mengetahui sesuatu panggilan itu adalah selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubungan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan dan hijau untuk perniagaan yang disahkan.

Kredit: Youtube Truecaller

2. Aplikasi Whoscall

Aplikasi Whoscall ini dibangunkan khusus untuk bertindak sebagai benteng pertahanan pertama terhadap ancaman ‘scammer’ ini.

Selain daripada mendedahkan ID pemanggil, pengguna juga boleh membuat carian nombor telefon dari SMS atau panggilan yang diterima dan membandingkan dengan senarai nombor Whoscall yang berkemungkinan milik scammer.

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Antaramuka aplikasi Whoscall. Kredit: Appstore Whoscall
Kredit: Youtube Whoscall

Mencegah lebih baik daripada merawat

Walaupun kedua-dua aplikasi ini menawarkan servis yang lebih kurang sama, namun ia mampu menjadi benteng pertahanan buat kita sebelum berhubung dengan orang yang tak dikenali.

Oleh itu, penggunaan aplikasi sebegini sememangnya adalah langkah terbaik yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan diri daripada di’scammed’. Mencegah lebih baik daripada merawat. ✌🏻

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda
Gambar sekadar hiasan.

Selain daripada Macau Scam yang melesapkan wang tunai, ada juga Lovescam yang meleburkan perasaan seseorang:

Ketahui Penipuan Lovescam Dan Bagaimana Untuk Mengesannya
Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kali Ini Berdekatan Bintagor, Objek Disyaki Serpihan Roket Ditemui Atas Bumbung Rumah Panjang
Next Article 'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen ‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?