• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh

Oleh
Ismail NA
29 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Rancang perjalanan anda sebaiknya.

Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh. Menerusi pemakluman di laman media sosial rasmi Jabatan Kerja Raya Sarawak, operasi perkhidmatan feri di Bahagian Mukah telah dilanjutkan sehingga selewat-lewatnya jam 1 pagi.

Isi Isi Penting
  • Rancang perjalanan anda sebaiknya.
  • Waktu operasi sementara bermula 29 April 2022 sehingga 8 Mei 2022
  • Feri Kuala Igan
  • Feri Muara Lassa
  • Feri Batang Paloh
  • Bagi mereka yang ingin menggunakan jalan pesisir untuk pulang ke kampung halaman di Sarawak tahun ini, kami pernah menerbitkan artikel tentang panduan menggunakan jalan ini. Bacaan lanjut di sini:

Hal ini kerana pengangkutan air ini akan digunakan oleh orang ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman di bahagian tersebut sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi.

Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh
Kredit foto: Twitter @misiahtaib

Waktu operasi sementara bermula 29 April 2022 sehingga 8 Mei 2022

Pelanjutan operasi ini akan berkuatkuasa bermula 29 April 2022 sehingga 8 Mei 2022.

Pelanjutan waktu operasi ini merangkumi 3 pangkalan feri iaitu Feri Kuala Igan, Feri Muara Lassa, dan Feri Batang Paloh.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad turut mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak telah menempatkan 2 buah feri tambahan di pangkalan Feri Batang Paloh dan pangkalan Feri Muara Lassa bagi memendekkan masa menunggu di pangkalan serta bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Jadual penuh operasi perkhidmatan feri bahagian Mukah adalah seperti berikut;

Feri Kuala Igan

Feri 1 – 4 pagi hingga 1 pagi
Feri 2 – 6 pagi hingga 1 pagi
Feri 3 – 4 pagi hingga 12 tengah malam

Feri Muara Lassa

Feri 1, Feri 2, Feri 3 – 6 pagi hingga 12 tengah malam

Feri Batang Paloh

Feri 1, Feri 2, Feri 3 – 6 pagi hingga 12 tengah malam

Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh
Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh. Sumber foto: JKR

Semoga dengan jadual ini, anda dapat merancang perjalanan anda dengan sebaiknya. Yang penting, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asal selamat.

Bagi mereka yang ingin menggunakan jalan pesisir untuk pulang ke kampung halaman di Sarawak tahun ini, kami pernah menerbitkan artikel tentang panduan menggunakan jalan ini. Bacaan lanjut di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis
Next Article Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?