• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
29 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh memiliki dadah berbahaya jenis Metamphetamine seberat 0.43 gram.

Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki OKU cacat penglihatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine. 

Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis
Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis

Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952

Arnie Padi berusia 50 tahun dari Kampung Bakam di Miri telah didakwa Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika disabit bersalah, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, dituduh memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.43 gram (berat kasar) .
    
Dadah methamphetamine merupakan item yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Miliki Dadah Merbahaya Methamphetamine, Lelaki OKU Dari Miri Ini Ditahan Polis

Dilakukan di rumahnya di Kampung Bakam, Miri

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11.05 pagi, 25 April lalu di rumahnya di Kampung Bakam, Miri. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan daripada tertuduh direkodkan. 

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa telah memohon untuk menetapkah satu tarikh baharu bagi sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes siap. 
    
Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Jun depan untuk sebutan lanjut kes. 
    
Tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin tunai RM 2,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut. Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Dadah membawa padah, baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article OP Selamat: Cegah Jenayah Semasa Perayaan, Polis Buat Rondaan Di 56 Kawasan Di Seluruh Sarawak OP Selamat: Cegah Jenayah Semasa Perayaan, Polis Buat Rondaan Di 56 Kawasan Di Seluruh Sarawak
Next Article Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?