• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini

Oleh
Husna Hazmi
29 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Royal Brunei Airlines menawarkan 2 penerbangan setiap minggu ke Kuching.

Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini. Syarikat penerbangan Brunei, Royal Air Brunei bakal menyambung semula perkhidmatan penerbangan dari Bandar Seri Begawan ke Kuching mulai 1 Mei ini, dengan menawarkan dua penerbangan setiap minggu.

Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini
Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini

Sebelum Pandemik, Brunei Air menawarkan penerbangan setiap hari

Sebelum pandemik Covid-19, Brunei Air telah menawarkan penerbangan terus ke Kuching setiap hari dari Bandar Seri Begawan.

Menurut Menteri Pengankutan, Dato’ Sri Lee Kim Shin, inisiatif ini adalah satu permulaan kepada hubungan yang lebih kukuh antara negara Brunei Darulssalam dan Sarawak.

Brunei Air akan terbang mengikut prosedur baharu ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipersetujui oleh Kabinet Negeri.

Dalam masa yang sama, orang dewasa dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang telah menerima vaksin penuh, dikecualikan daripada ujian Covid-19 pre-departure dan ujian Covid-19 semasa ketibaan.

Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini
Hands with protective glove, examining samples, novel coronavirus covid 19 test tube the result is + positive.

Tidak lengkap vaksin atau tidak divaksin perlu mengambil ujian RT-PCR

Manakala mereka yang tidak lengkap vaksin atau tidak divaksin perlu mengambil ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Antigen diselia dalam masa 14 jam selepas ketibaan. Golongan ini juga perlu dikuarantin selama lima hari berkuatkuasa mulai 1 Mei.

“Dengan kelonggaran SOP baharu ini, dinasihatkan agar pengembara dari negara Brunei Darulssalam untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang pre-departure sebelum masuk Sarawak, kata Dato’ Sri Lee Kim Shin.

“Ini adalah bagi memastikan proses dokumentasi yang lancar dan pantar ke pintu masuk Sarawak. Dokumen lain yang diperlukan adalah sijil vaksinasi Covid-19” jelas beliau.

Walaupun pintu sempadan antarabangsa telah dibuka semula, semua penumpang dan pengembara perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi membendung penularan Covid-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Operasi Feri Di Bahagian Mukah Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi Sempena Hari Raya, Ini Jadual Penuh
Next Article Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?