• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K

Oleh
Aina Musa
26 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K

Didenda RM 1000 dan bakal berhadapan hukuman penjara 3 bulan

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K. Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam kerana mencuri barang asas dalam sebuah pasar raya terkemuka, minggu lalu (15 September).

Muhammad Shahrul Nizam Abdullah, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K
Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K. Kredit: Google

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dua kampit beras dan satu papan telur ayam milik sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Padungan, sekitar jam 1.14 petang, 15 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabit bersalah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, sekitar jam 4 petang, pengadu merupakan pekerja kedai dimaklumkan oleh pengurus kedai bahawa satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) salah seorang pekerja mereka telah mengeluarkan beberapa kampit beras dari tempat penyimpanan barang.

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K

Pengadu kemudian menemu bual tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kanan berkaitan pengeluaran beras dan beberapa keperluan lain seperti yang dilihat dalam rakaman CCTV.

Tertuduh kemudian mengaku telah mengambil tersebut seperti dua kampit beras dan satu papan telur.

Laporan polis dibuat terhadap tertuduh untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K

Hasil siasatan mendapat tertuduh telah melakukan kesalahan mencuri barang-barang milik majikannya.

Difahamkan, hasil saringan air kencing tertuduh didapati positif dadah jenis Syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar
Dinding Berlumut Siap Pakej Jejentik, Individu Kecewa Dapat Owner Homestay ‘Hauk’ Di Kuching
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Rancang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Dan Miri Dinaik Taraf Kerajaan Rancang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Dan Miri Dinaik Taraf
Next Article Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?