• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching

Oleh
Aina Musa
18 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching

Bapa terima padah dera anak usia setahun

Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching. Seorang bapa yang mempunyai lima orang anak telah didenda RM20,000 atau dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera anak lelakinya yang berusia satu tahun.

Hillbado Bill Cosby, 33 tahun, mengaku bersalah di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid setelah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen terbabit mempunyai hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika terbukti bersalah.

Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching
Padah Tampar Bayi Berusia Setahun, Bapa Didenda RM20K Di Kuching. Kredit foto: Utusan Borneo

Mahkamah juga memerintahkan Hillbado untuk mengikuti bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan ikat jamin RM2,000 dan seorang penjamin tempatan.

Dia juga diarahkan menjalani khidmat masyarakat selama 50 jam dalam tempoh enam bulan mengikut Seksyen 31 Subseksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh Hillbado di rumahnya di Kampung Barieng, Singai di Bau pada 4 Mei 2023, sekitar jam 8 pagi. Berdasarkan fakta kes, isteri Hillbado adalah pengadu dalam kes tersebut, apabila melihat suaminya menampar pipi kiri dan paha anak mereka kerana mengganggunya tidur.

Setelah melihat perbuatan suaminya itu, pengadu membawa pergi mangsa dan terjadi pertengkaran di antara mereka. Tetapi, Hillbado menyerang pengadu.

Pengadu berjaya lari dari rumah itu dan mendapatkan bantuan daripada jirannya sekitar jam 2.30 petang pada hari yang sama.

Siasatan kes ini mendapati Hillbado telah mendera mangsa kerana menangis berterusan menyebabkan dia hilang sabar lalu menampar pipi dan paha mangsa.

Hillbado melakukan perbuatan tersebut kerana tertekan dengan masalah kewangan dan terpaksa menanggung tanggungjawab untuk membesarkan lima orang anaknya. Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi mengendalikan kes ini sementara Hillbado tidak diwakili oleh peguam bela.

Baca lagi artikel menarik:

Waspada Taktik Kotor Geng Motosikal, Sengaja Cetus Kemalangan ‘Palsu’
Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall Kepada Pencinta Donut, Brobites Kini Buka Cawangan Baru Di Aiman Mall
Next Article Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?