• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri

Oleh
Husna Hazmi
4 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa dipercayai bertindak sedemikian selepas mengalami kemurungan.

Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri. Dilaporkan bahawa, seorang anggota polis ditemui meninggal dunia tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak Kota Tinggi Johor, semalam.

Isi Isi Penting
  • Mangsa dipercayai bertindak sedemikian selepas mengalami kemurungan.
  • Mayat mangsa ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam
  • Siasatan yang lebih lanjut mengenai punca mangsa bertindak sedemikian masih dijalankan
  • Selain itu, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian  03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda dapati seseorang yang ingin membunuh diri.
Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri
Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri. Gambar sebagai hiasan

Mayat mangsa ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam

Mayat anggota polis berpangkat koperal itu telah ditemui pada jam 12.55 tengah hari tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Dipetik daripada laporan, mangsa berusia 30 tahun, berasal dari Sarawak dan merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad, hasil daripada bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan si mangsa.

“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,” jelas beliau.

Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri

Siasatan yang lebih lanjut mengenai punca mangsa bertindak sedemikian masih dijalankan

Md. Yusof berkata, siasatan yang lebih lanjut mengenai punca mangsa bertindak sedemikian masih dijalankan dan setakat ini polis telah mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. Beliau turut berkata bahawa, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya iaitu di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini.

Kesihatan mental juga amatlah penting bagi seseorang individu. Oleh itu sentiasa amalkan fikiran yang terbuka dan jangan cepat menghakimi seseorang. Jika anda rasa seseorang memerlukan sokongan emosi, jangan takut untuk memberi kata semangat yang positif.

Selain itu, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian  03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda dapati seseorang yang ingin membunuh diri.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan
Next Article Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?