• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Tolak Dan Pukul Bapa Berusia 86 Tahun, Penganggur Wanita Dipenjara Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
20 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan.

Padah Tolak Dan Pukul Bapa Berusia 86 Tahun, Penganggur Wanita Dipenjara Di Kuching. Dilaporkan, seorang penganggur wanita telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, semalam selepas mengaku bersalah mencederakan bapanya yang berusia 86 tahun, dengan cara menolak dan memukulnya menggunakan sebatang penyapu.

Padah Tolak Dan Pukul Bapa Berusia 86 Tahun, Penganggur Wanita Dipenjara Di Kuching
Padah Tolak Dan Pukul Bapa Berusia 86 Tahun, Penganggur Wanita Dipenjara Di Kuching

Tertuduh membuat pengakuan

Tertuduh Yeo Ngang Sui, berusia 50 tahun, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja didakwa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman mengikut Seksyen 324 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau didenda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.

Mengikut pertuduhan, penganggur wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap bapa kandungnya pada 12 Mei lalu sekitar jam 7 malam di kediaman mereka di Taman Poh Kwong, Kuching.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang kayu penyapu apabila berlaku pertengkaran mulut antara mereka. Tertuduh juga telah menolak mangsa dan memukulnya di bahagian kepala.

Padah Tolak Dan Pukul Bapa Berusia 86 Tahun, Penganggur Wanita Dipenjara Di Kuching
Kredit gambar: Utusan Borneo

Mangsa membuat laporan polis kerana bimbang tentang keselamatan dirinya

Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami kesakitan di bahagian kepala dan tangan sebelah kiri. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang tentang keselamatan dirinya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam itu merayu agar tidak dijatuhkan hukuman berat atas alasan menyesali perbuatannya dan ini juga merupakan kesalahan pertama buat dirinya.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff.

Diharapkan agar perkara ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua agar jangan sesekali berbuat jahat kepada sesiapa terutamanya ibu bapa sendiri. Memang lain orang lain kisahnya, namun keganasan adalah bukan jalan penyelesaian.

Lagi di sini cerita panas dan terkini buat anda:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Ketahui Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Jom Ke Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan
Next Article Usah Risau Ketinggalan Bas, Anda Kini Boleh Mengesan Keberadaan Bas Asia Dengan Mudah! Usah Risau Ketinggalan Bas, Anda Kini Boleh Mengesan Keberadaan Bas Asia Dengan Mudah!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?