• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching

Oleh
Aina Musa
19 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching

Tergamak mahu bunuh ibu kandung

Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching. Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini,hari ini, kerana mengugut hendak membunuh ibunya yang berusia 70 tahun kerana tidak memberikan wang diminta.

Mohammad Hanafiah Omar, 47, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching. Kredit: Google

Menurut laporan dari Suara Sarawak, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Taman Sukma, kira-kira jam 7 malam, 15 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sekitar jam 7 malam, 15 Julai lalu, di kediaman mereka, anak pengadu telah meninggikan suara kepada pengadu dan suaminya.

Punca kejadian kerana pengadu enggan memberikan wang yang diminta seterusnya bertindak cuba membaling botol minyak wangi.

Selain itu, tertuduh juga menghalau ibunya keluar dari rumah sambil memberi amaran hendak membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia ‘Separuh Masak’
20 Jam Bertarung Nyawa, Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Di Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic
Next Article Seorang Wanita Maut, Lima Lagi Kritikal Lepas Makan Sardin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?