• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Oleh
Nazihah AN
19 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Susulan menerima kritikan dari pembeli tiket Borneo Sonic, pihak penganjur keluarkan kenyataan rasmi

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic. Telah tular kritikan terhadap pengurusan dari pihak penganjur Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 kerana tukar tempat duduk tanpa pemberitahuan awal kepada pembeli.

Isu ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen, termasuk pelanggan setia festival muzik ini.

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic
Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Pihak penganjur mengubah kedudukan tempat duduk untuk keselamatan penonton

Sebelumnya, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa susunan tempat duduk telah diubah dan menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Sebagai respon kepada maklum balas yang diterima, pihak penganjur telah membuat satu kenyataan rasmi. Mereka menyatakan akan kembali kepada susunan tempat duduk lama dengan beberapa penyesuaian minor berdasarkan keperluan keselamatan.

“Dengan mengambil kira maklum balas yang amat berharga dari peminat kami yang dihargai, kami telah memutuskan untuk membawa kembali susunan tempat duduk dengan beberapa penyesuaian minor berkenaan isu keselamatan,” kata pihak penganjur.

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Pihak penganjur memberi jaminan untuk memastikan festival berjalan dengan lancar

Walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa ‘kesulitan operasi’ yang tidak dapat diceritakan dengan lebih lanjut, penganjur memberi jaminan sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan festival ini dapat berjalan dengan lancar.

Menurut keterangan dari BSMF2023, kategori CAT 5 kini telah dipindahkan ke Level 1 atas sebab-sebab keselamatan. Lokasi baru ini menawarkan jarak yang lebih dekat ke pentas berbanding dengan susunan sebelumnya. Selain itu, ia juga memastikan keselamatan para peserta sambil masih memberikan akses penuh ke acara tersebut.

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Perubahan susunan tempat duduk konsert ini telah dimuktamadkan

Perubahan yang dibuat sebelum ini dikatakan dilakukan dengan niat baik untuk meningkatkan keselesaan dan kebolehcapaian bagi pengunjung festival. Namun, pihak penganjur mengakui masih ada ruang untuk peningkatan.

“Susunan tempat duduk yang terkini akan memberi faedah kepada semua kategori penonton. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat setia kami atas kesabaran dan kefahaman mereka selama tempoh transisi yang tidak dijangka ini,” jelas penganjur.

Pihak penganjur menghargai maklum balas dari peminat dan berkomitmen untuk menyediakan pengalaman terbaik pada festival muzik BSMF2023 yang pertama kali akan diadakan ini.

Ubah Posisi Tempat Duduk Penonton, Ini Penjelasan Rasmi Dari Pihak Penganjur Borneo Sonic

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Sah, Taeyang Dan CL Antara Artis Lineup Bakal Gegarkan Borneo Sonic Di Kuching
Dijangka Ada Artis K-pop Dijemput, ‘Borneo Sonic Festival’ Bakal Jadi Acara Muzik Terbesar Di Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ramai ‘Uninstall’ Dan Terkejut Selepas Dapat Tahu Monopoly Go Didakwa Berpangkalan Di Israel
Next Article Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?