• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : 11 Lelaki Ditahan Di Kuching Kerana Tipu Keputusan Ujian COVID19

Oleh
ILB - AI
12 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
 Polis telah membuat tangkapan 11 lelaki di sekitar daerah Kuching pada 7 dan 12 Mac 2021. 

TERKINI : 11 Lelaki Ditahan Di Kuching Kerana Tipu Keputusan Ujian COVID19. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superitenden Maria Rasid (gambar) berkata dua laporan polis berhubung penipuan ini dibuat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jabatan Ketua Menteri pada 6 dan 8 Mac 2021. 

Tambah beliau lagi siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

“Susulan dari laporan, polis telah membuat tangkapan 11 lelaki di sekitar daerah Kuching pada 7 dan 12 Mac 2021. 

“Turut dirampas satu unit telefon bimbit serta beberapa keping kad sim milik seorang suspek.

“Lapan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala tiga lagi suspek yang baru ditangkap hari ini masih dalam tindakan lanjut pihak polis,” katanya pada sidang media JPBNS hari ini yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 

Tambah Maria, kedua-dua kes penipuan ini melibatkan klinik swasta dan menawarkan bayaran antara RM50 hingga RM100. 

Kertas siasatan katanya akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Malaysia Negeri Sarawak dengan cadangan pertuduhan kes dalam tempoh yang terdekat setelah siasatan selesai. 

Maria turut menegaskan polis memandang serius isu penipuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 ini kerana ia membahayakan kesihatan orang ramai. 

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menipu laporan saringan COVID-19. 

Selain itu katanya premis kesihatan atau makmal yang menawarkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 juga perlu bertanggungjawab dan tidak menipu dalam soal ini.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat
Next Article Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?