• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun

Oleh
Nazihah AN
17 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun

Lelaki berumur 30 tahun tersebut merogol remaja berusia 16 tahun

Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun. Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 16 tahun ketika itu pada 2018.

Hakim Musli Ab Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki dari Kapit itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun
Sumber: The Borneo Post

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Simunjan.

Dalam menjatuhkan hukuman itu, Hakim turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang pemenjaraannya mengikut Seksyen 26 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hakim turut memerintahkan dia menjalani pengawasan selama dua tahun sejurus selepas menjalani hukuman mengikut Seksyen 27.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun
Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun. Gambar sekadar hiasan

Laporan hospital mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung bayi itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia merogol remaja perempuan berusia 16 tahun itu di sebuah rumah rehat di Simunjan sekitar jam 8 malam pada 2 Feb 2018.

Ibu gadis itu membuat laporan selepas dia melahirkan bayi pada 2019, yang membawa kepada penahanan lelaki itu. Laporan hospital mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung bayi itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi, manakala lelaki itu diwakili peguam CM Sundram.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Berita Baik Buat Warga Sarawak, ART Akan Dihantar Ke Kuching Pertengahan Tahun Ini
Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini
Next Article Sudah Pudar, Netizen Berharap 'Statue' Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru Sudah Pudar, Netizen Berharap ‘Statue’ Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?