• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Panas Luar Biasa Di India, Suhu Mencecah 50 Darjah Celsius Tertinggi Dalam 18 Tahun

Oleh
ILB - AI
27 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Suhu di New Delhi mencecah 47.6 darjah celcius

Panas Luar Biasa Di India, Suhu Mencecah 50 Darjah Celsius Tertinggi Dalam 18 Tahun. India kini dilanda gelombang haba dengan suhu di sesetengah tempat mencecah 50 darjah celsius.

Ibu negara mereka, New Delhi juga mencatatkan rekod suhu paling tinggi dalam 2 dekad.

Panas Luar Biasa Di India, Suhu Mencecah 50 Darjah Celsius Tertinggi Dalam 18 Tahun
Panas Luar Biasa Di India, Suhu Mencecah 50 Darjah Celsius Tertinggi Dalam 18 Tahun

Keadaan ini dijangka berterusan di kawasan utara India untuk beberapa hari lagi menurut Jabatan Mateorologi mereka dengan ‘ beberapa gelombang haba di kawasan kawasan tertentu’ dijangkakan.

Gelombang haba merupakan sesuatu yang normal di India selari dengan kenaikan suhu global.Gelombang haba selalunya terjadi pada bulan May dan Jun setiap tahun. Tahun lepas sahaja, puluhan malah mungkin ratusan kematian dicatatkan.

Wakil rasmi dari Jabatan Mateorologi di India mengatakan bahawa daerah Churu di bahagian utara Rajastan merupakan daerah yang mencatatkan suhu tertinggi sekitar 50 darjah celsius. Beberapa bahagian di Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh pula mencatatkan suhu di paras tinggi 40 darjah.

Sementara itu, New Delhi pula telah mencatatkan suhu tertinggi dalam 18 tahun dengan mencatat suhu setinggi 47.7 darjah celsius.

Tahun ini, masih belum ada kematian dicatatkan tetapi tahun lepas sumber rasmi kerajaan India memberitahu bahawa gelombang haba itu telah membunuh sebanyak 3500 orang sejak tahun 2015.

Negara dengan penduduk sekitar 1.3 billion sememangnya mengalami masalah kekurangan air dengan jutaan penduduk mengalami masalah tersebut.

Sebahagian kawasan di Delhi dan sekitarnya juga menyaksikan manusia berebut apabila tangki air tiba memberi bekalan. Tahun lepas, Chennai menjadi bualan antarabangsa apabila putus bekalan air secara keseluruhan.

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RASMI : Tiada ‘Ngabang’ Rumah Ke Rumah Gawai Tahun Ini
Next Article Tegur Cadangan PAS Haramkan Jualan Alkohol, Ahli Parlimen Kuching Jadi Mangsa Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?