Ada banyak perkara yang berbeza di Sabah dan Sarawak, dengan Semenanjung Malaysia
Tegur Cadangan PAS Haramkan Jualan Alkohol, Ahli Parlimen Kuching Jadi Mangsa Netizen. Baru baru ini hangat isu salah satu parti dalam Perikatan Nasional yang mencadangkan agar penjualan alkohol diharamkan sehingga isu pemandu mabuk selesai.
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut kurang mendapat sambutan dalam kalangan pemimpin dan penduduk di Sabah dan Sarawak di mana demografi penduduk di sini sangat berbeza dengan Semenanjung Malaysia.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Masing juga menegur cadangan tersebut, menurut laporan yang dikeluarkan The Borneo Post sebelum ini, beliau berkata :
“Ini melanggar hak orang yang berlainan kepercayaan dan hak mereka untuk memperdagangkan barang yang tidak melanggar prinsip dan kepercayaan agama mereka,”
Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau membaca dengan lebih teliti cadangan yang dikemukakan oleh Parti Islam Semalaysia tersebut.
Cadangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Tan Sri Datuk Amar James Masing, malah Ahli Parlimen Bandar Kuching juga bersuara mengenai isu tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini :
“Adakah ini juga bermaksud kita harus berhenti menjual motor kerana Mat Rempits, basikal kerana lajak basikal, rokok sehingga kita menyembuhkan barah, gula sehingga kita dapat mengawal diabetes, menangguhkan perkahwinan sehingga kita dapat menangani perceraian, antara lain.”
Walau bagaimanapun kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebaliknya mendapat tohmahan netizen, yang dipercayai bukan penduduk dari Sabah dan Sarawak sehinggakan ada yang mendoakan beliau dan keluarganya mati dilanggar pemandu yang mabuk.
Ada juga yang menyatakan kenyataan berbaur ugutan bunuh, dan macam macam lagi makian hanya kerana tidak bersetuju dengan cadangan Alkohol untuk diharamkan.
Akhbar The Borneo Post hari ini juga ada mengeluarkan pendapat dari penduduk tempatan mengenai cadangan tersebut : Anda boleh baca artikel tersebut di pautan di bawah :
Presiden Persatuan Pengguna Miri juga dalam satu temubual juga menekankan bahawa kerajaan tidak boleh melarang penjualan dan penggunaan minuman beralkohol di Malaysia yang berbilang kaum dan agama
George juga berkata, kerajaan mesti membuat kajian untuk merangka undang-undang minuman keras. Seperti semasa Gawai, tuak adalah sebahagian daripada festival ini.
Sebagai penduduk di Sabah dan Sarawak, apa pendapat anda tentang cadangan pengharaman penjualan alkohol? Adakah anda bersetuju atau anda rasa pindaan undang undang terhadap pemandu mabuk adalah lebih berkesan? Jangan lupa komen pendapat anda.