• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!

Oleh
Ismail NA
24 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Dah boleh tuntut mulai 1 Jun ini.

Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5! Menerusi Belanjawan 2021 seperti yang dibentangkan pada tahun lepas, para belia bakal mendapat sedikit habuan pada bulan Jun ini. Tahukah anda bahawa Inisiatif kredit eBelia boleh anda tuntut bermula 1 Jun ini?

Isi Isi Penting
  • Dah boleh tuntut mulai 1 Jun ini.
  • Tebus melalui salah satu daripada 4 aplikasi e-wallet ini
  • Jadi, macam mana cara untuk tuntut insentif ini melalui ShopeePay?
  • 2. Pengesahan akaun/naiktaraf ke ShopeePay Premium menggunakan kad pengenalan anda
  • Tak tahu nak beli apa kat Shopee? Boleh baca artikel ini :

Insentif ini merupakan salah satu tawaran yang disedikan oleh kerajaan menerusi pakej stimulus ekonomi PEMERKASA bagi membantu pelajar dan belia semasa waktu pandemik COVID-19 ini. Mereka yang layak bakal menerima wang ke mana-mana platform e-wallet pilihan sebanyak RM 150. Bukan itu sahaja, insentif ini akan disertakan dengan beberapa pemberian tambahan daripada aplikasi e-wallet itu sendiri.

Wahh!

Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!
Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!

Tebus melalui salah satu daripada 4 aplikasi e-wallet ini

Sedikit berbeza daripada insentif sebelum ini, terdapat 4 aplikasi e-wallet yang terpilih dalam program kali ini iaitu ShopeePay, Boost, Touch n’Go e-wallet dan BigPay. Tetapi, untuk artikel ini, kami akan tunjukkan kepada anda kelebihan jika anda menggunakan aplikasi Shopee untuk menuntut insentif ini.

Seperti yang semua sedia maklum, platform beli belah dalam talian Shopee merupakan sesuatu yang menjadi keperluan di kala musim pandemik ini. Semuanya ada di laman beli belah ini. Jadi, tidak rugi lah sekiranya anda mencipta satu akaun ShopeePay bagi memudahkan urusan pembayaran anda di laman beli belah ini. Lagipun, tiada bayaran yang akan dikenakan.

Tetapi, sebelum itu, pastikan anda memenuhi syarat ini untuk menuntut insentif eBelia;

  1. Mesti berusia 18 hingga 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau;
  2. Pelajar sepenuh masa yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau SKM4 di institusi pengajian tinggi.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah 1 Jun sehingga 22 Julai 2021. Anda boleh membelanjakannya sehingga 31 Julai 2021.

Jadi, macam mana cara untuk tuntut insentif ini melalui ShopeePay?

1. Aktifkan akaun ShopeePay anda
  • Buka aplikasi Shopee anda dan tekan ikon yang bertanda “Me” di penjuru kanan bawah. Kemudian, pilih ShopeePay.
  • Tekan “Set up ShopeePay”
  • Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan, seterusnya tanda kotak sebagai tanda setuju dengan terma dan syarat.
  • Anda akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi kata laluan kod nombor sementara (OTP). Masukkan nombor pin 6-digit untuk pengesahan.
  • Taip nombor pin 6-digit ShopeePay yang anda ingini.

Itu sahaja! Anda telah berjaya mengaktifkan akaun ShopeePay anda. Tetapi, belum selesai ya. Ada lagi langkah yang seterusnya. Teruskan membaca.

Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!
Sumber : Shopee

2. Pengesahan akaun/naiktaraf ke ShopeePay Premium menggunakan kad pengenalan anda

Ini adalah langkah yang penting bagi memastikan insentif anda masuk ke dalam akaun ShopeePay dengan jayanya. Anda perlu mengesahkan akaun anda menggunakan kad pengenalan anda. Bagi sudah sedia ada akaun ShopeePay, teruskan dengan langkah ini untuk menaiktaraf kepada akaun ShopeePay Premium.

  • Buka aplikasi Shopee, tekan “Me”, kemudian pilih “ShopeePay”
  • Klik pada bar berwarna kuning dengan tanda “Verify your IC for more features”
  • Muat naik gambar kad pengenalan anda beserta sebuah gambar swafoto anda bersama kad pengenalan anda. Proses pengesahan ini akan mengambil masa selama 24 jam.
Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!
Sumber : Shopee

Menariknya, bagi pengguna yang layak menerima insentif ini, mereka juga bakal menerima e-tunai tambahan berjumlah RM 5 yang akan dikreditkan ke dalam akaun mereka pada hari Jumaat atau dalam tempoh 5 hari waktu bekerja. Boleh buat bayar cas pengeposan kan?

Siap sedia untuk menebus insentif ini bermula 1 Jun ini. Mana lah tahu boleh beli papan kekunci baharu ke, jam ke, dan banyak lagilah!

Tak tahu nak beli apa kat Shopee? Boleh baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan
Next Article TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?