• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam

Oleh
Ismail NA
24 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Zon Kuching sebelum ini juga dipecahkan kepada 4 zon baharu dan perlu permit polis.

TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam. Setelah berteka teki selama beberapa hari, Sarawak akhirnya mengumumkan SOP tambahan bagi memperketatkan syarat PKPB yang dilaksanakan di negeri ini. Antaranya adalah seperti tidak membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah untuk keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan yang munasabah.

Isi Isi Penting
  • Zon Kuching sebelum ini juga dipecahkan kepada 4 zon baharu dan perlu permit polis.
  • Beberapa lagi syarat kawalan pergerakan tambahan adalah seperti berikut;
  • 4 pecahan zon baharu dari Zon Kuching sedia ada, perlu permit polis
  • Artikel berkaitan ;

Bukan itu sahaja, sesebuah kenderaan persendirian juga hanya dibenarkan untuk membawa muatan maksimum seramai 3 orang sahaja termasuk pemandu. Bagi sektor pengangkutan awam, kapasiti pengangkutan awam dibenarkan beroperasi dengan kadar 50% kapasiti.

TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam
Foto : Azneal via Malaysiakini

Beberapa lagi syarat kawalan pergerakan tambahan adalah seperti berikut;

  • Penggunaan MySejahtera hendaklah diutamakan dengan operator premis perlu memeriksa status pelanggan dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai risiko rendah sahaja dibenarkan masuk ke premis mereka.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor awam adalah terhad kepada 20% keseluruhan (tidak termasuk frontliners) dan 80% secara Bekerja Dari Rumah (BDR). Manakala, kapasiti pekerja sektor swasta adalah ditetapkan hanya terhad kepada 60% kehadiran sahaja.
  • Mesyuarat bersemuka bagi urusan rasmi/kerja adalah tidak dibenarkan.
  • Semua aktiviti sukan bagi tujuan latihan dan penganjuran pertandingan/kejohanan adalah tidak dibenarkan.
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi awam adalah tidak dibenarkan kecuali jogging dan senaman yang dilaksanakan secara individu.

4 pecahan zon baharu dari Zon Kuching sedia ada, perlu permit polis

Berkenaan pergerakan antara zon pula, pindaan utama yang dibuat adalah berkaitan pecahan baharu Zon Kuching. Zon Kuching kini dipecahkan kepada 4 zon baharu. Oleh yang demikian, mana-mana individu yang ingin melakukan perjalanan di antara zon ini hendaklah memohon permit rentas zon daripada balai polis.

TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam
TERKINI : Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Dilarang Keluar Ke Tempat Awam

4 pecahan zon baharu adalah seperti berikut;

  1. Zon Kuching (Daerah Kuching dan Bahagian Samarahan)
  2. Zon Serian (Bahagian Serian)
  3. Zon Lundu (Daerah Lundu)
  4. Zon Bau (Daerah Bau)

Perjalanan antara zon pula adalah terhad untuk perkhidmatan perlu, orang yang bekerja dan kecemasan.

Bagi penduduk yang bekerja tetap di empat (4) zon di atas yang terkesan dengan perubahan ini adalah dikecualikan dari keperluan swab test setiap 14 hari sekali dan dibenarkan untuk mendapatkan permit polis dengan mengemukakan surat dari majikan.

Antara lain adalah tempoh operasi bagi semua sektor dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

Kita jaga kita.

Artikel berkaitan ;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!
Next Article Tak Mustahil Kes COVID-19 Melonjak Ke Angka 9,000 Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?