• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan

Oleh
Nazihah AN
24 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Prosedur operasi standard (SOP) diperketat bagi memutuskan jangkitan COVID-19

Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan. Dilaporkan bahawa, upacara pemandian patung Buddha tidak dibenarkan pada Hari Wesak kerana prosedur operasi standard (SOP) diperketat bagi memutuskan jangkitan COVID-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Unit untuk Agama Lain (Unifor).

Dalam SOP yang diperbaharui untuk Hari Wesak semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat, pihak JPBNS dan Unifor telah mengatakan bahawa kuil di bawah perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan (EMCO) tidak dibenarkan buka pada Hari Wesak.

Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan
Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) boleh mengubah SOP

Beliau juga mengatakan bahawa pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) boleh mengubah SOP untuk bahagian masing-masing sekiranya keadaan bertambah buruk.

Kuil yang hanya dibenarkan buka hanya boleh dilakukan antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi hanya untuk ahli jawatankuasa dan dan anggota Sangha sahaja, dan terhad kepada 20 orang dalam satu kuil pada Hari Wesak iaitu 26 Mei ini.

JPBNS dan Unifor juga mengatakan jawatankuasa pengurusan kuil mesti melantik sekurang-kurangnya dua warden atau anggota RELA yang dilantik untuk memastikan pematuhan ketat terhadap SOP.

Selain melakukan langkah pencegahan, mereka juga mengingatkan bahawa individu yang tidak sihat atau mengalami gejala demam, batuk, selsema atau kesukaran bernafas tidak dibenarkan masuk ke kuil.

Kuil Terpilih Dibenarkan Buka Selama 1 Jam Sahaja, SOP Hari Wesak Di Sarawak Turut Diperketatkan
Ritual Pemandian Patung Buddha

“Individu yang menderita penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak digalakkan untuk pergi ke kuil.”

Antara langkah pencegahan yang dinyatakan ialah dengan menyediakan kaunter untuk pemeriksaan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, pendaftaran kehadiran, wajib penggunaan topeng muka, menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1m serta mengelakkan tempat yang sesak dan perbualan yang dekat.

Semua pengunjung dinasihatkan untuk berjabat tangan atau segala bentuk hubungan fizikal yang lain, dan segera meninggalkan kuil setelah melakukan aktiviti keagamaan. Selain itu, jawatankuasa pengurusan kuil diminta untuk melakukan pembersihan dewan kuil secara berjadual.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dedikasikan Separuh Gaji Demi Murid, Guru Dari Mukah Dinobatkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021
Next Article Panduan Tuntut Insentif eBelia RM 150 Di ShopeePay, Boleh Dapat Ekstra Lagi RM 5!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?