I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS

Oleh Kedung BK 4 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS

Cukup bagus sudah ada tempat parkir awam disediakan

Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS. Bagi mereka yang tinggal di Kuching, mereka sudah biasa dengan keadaan jalan raya yang sesak terutamanya di kawasan Hospital Umum Sarawak.

Bagi lelaki ini pula, dia mengalami pengalaman kurang menyenangkan apabila dia dan beberapa pemandu lain mengalami kesukaran untuk bergerak di sekitar kawasan itu apabila seorang pemandu yang mementingkan diri sendiri memutuskan untuk meletak kenderaan di bahagian jalan yang paling sibuk dan menyebabkan pemandu lain mengalami kesukaran untuk membelok kereta mereka.

Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS

“Ini lah antara mereka degil,” – netizen

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook 潮州阿洲 telah berkongsi dua video dalam talian, dengan salah satu daripadanya menunjukkan kereta di hadapannya mengalami kesukaran untuk membelok ke kiri kerana satu kereta diletakkan di bahagian paling sibuk di jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan Hospital Umum Sarawak.

Sumber: FB 潮州阿洲

Dalam kapsyen, dia menyatakan bahawa Toyota Camry yang berada di hadapannya cuba membelok ke kiri ke tempat letak kereta ketika dia dan pemandu lain keluar dari tempat letak kereta. Namun, pemandu itu mengalami kesukaran untuk bergerak kerana kereta itu agak panjang dan tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Apabila menonton, anda akan melihat Proton Iswara meletakkan kenderaan di tepi jalan menyebabkan pemandu Toyota Camry terbabit tidak dapat meneruskan perjalanan.

Kereta Toyota Camry itu mengalami kesukaran untuk membelok disebabkan kereta Proton Iswara ini. Sumber: FB 潮州阿洲

Namun, daripada keluar dari laluan, pemandu Proton Iswara itu hanya menggerakkan sedikit kereta mereka ke hadapan – yang jelas tidak menyelesaikan masalah.

Inilah segelintir orang ignorant yang berdegil untuk meletak kenderaan atau berhenti di jalan yang paling sibuk dan bukannya meletak kereta di dalam tempat letak kereta private atau tempat letak kereta yang disediakan oleh Meditel. Saya benci orang macam ini!”

katanya.

Anda boleh menonton video di bawah:

Siapa yang pernah kena kejadian macam ni? Kalau terkena dekat diri sendiri, memang panas juga hati kan?

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia
Next Article CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?