• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Oleh
Nazihah AN
4 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang anti-hendap (anti-stalking).

RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah. Rang undang-undang untuk meminda Kanun Keseksaan dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 berkaitan jenayah intip dan hendap, yang dikenali sebagai ‘anti-stalking’ dengan undian sebulat suara selepas bacaan kali ketiga semalam.

RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah
RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Bacaan pertamanya dilakukan pada 4 Ogos.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan untuk menjadikan mengintip/ menghendap, sama ada secara maya atau sebaliknya, adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan peruntukan yang dicadangkan, mana-mana individu yang berulang kali mengganggu orang lain dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu akan menimbulkan kesusahan, ketakutan, atau kecemasan kepada keselamatan mereka akan dianggap telah melakukan kesalahan menghendap.

RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah
RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Mangsa hendap boleh mohon perintah perlindungan

Tambahan, menghendap (stalking) secara dalam talian berulang kali akan dianggap sebagai jenayah di bawah pindaan itu kerana ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Di bawah pindaan ini juga, apabila selesai kes di mahkamah dan sekiranya ia berlaku lagi, mangsa boleh memohon semula (perintah perlindungan) dan mahkamah dengan budi bicara boleh memberi perintah perlindungan baharu kepada mangsa,”

Datuk Mas Ermieyati Samsudin

RUU itu menjelaskan tindakan gangguan termasuk mengikuti atau berkomunikasi dengan seseorang melalui apa jua cara, berlegar-legar di tempat kediaman atau perniagaan mana-mana individu dan memberi atau menghantar apa-apa kepada mangsa.

RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan Dewan Rakyat secara sebulat suara.

Di samping itu, jenayah mengintai juga akan membantu dalam mencegah kes pembunuhan dalam masa terdekat kerana terdapat kes pembunuhan yang dilaporkan di negara ini, di mana jenayah itu berlaku selepas mangsa mula diintai.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian suara selepas enam Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga.

Kerajaan Sarawak telah keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual di tempat kerja. Baca lebih lanjut di bawah:

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Ketahui 3 Jenis Gangguan Seksual Atas Talian Dan Langkah Mengatasinya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jangan Panik, SAATNM Uji Siren Sistem Amaran Tsunami Di Kota Kinabalu Esok Jangan Panik, MetMalaysia Uji Siren Amaran Tsunami Di Kota Kinabalu Esok
Next Article Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?