• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia

Oleh
ILB - AI
4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kualiti jalan raya menurun

Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kualiti jalan raya di Malaysia telah menurun lebih 5 peratus dengan jumlah kematian direkod kedua tertinggi di dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang.

Selain itu, Kuwait juga tersenarai mempunyai jalan raya terburuk di dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Dalam laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads – US and international Ranking’ dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi, Malaysia menduduki ranking ke-12 terbawah antara 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk.

Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia
Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia.

Laporan ‘Worst and Best Roads – US and international Ranking’

Berdasarkan kajian analisis itu juga memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.23 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Turut tersenarai dalam data yang sama, Singapura antara negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.

Kadar kematian di Singapura adalah direkodkan paling sedikit iaitu 1.69 bagi setiap 100,000. Selain Singapura, empat negara lain turut mencatatkan skor kualiti jalan raya paling tinggi; Belanda (8.62), Switzerland (8.58), Jepun (8.41) dan Denmark (7.59).

Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia
Jalan raya di Malaysia.

Laporan yang diterbitkan pada Mei meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu dan turut tersenari; Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Namun begitu, bilangan kematian jalan raya berkaitan alkohol di Malaysia adalah rendah iaitu 0.1 peratus, walaupun menetapkan peratusan had kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan paling longgar untuk pemandu iaitu 0.08 peratus.

Menurut Seksyen 45G(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, had kandungan alkohol ditetapkan untuk pemandu adalah 35 mikrogram alkohol dalam 100 milimeter nafas: 80 miligram alkohol dalam 100 milimeter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 milimeter air kencing.

Malaysia Menduduki Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Raya Terburuk Di Dunia
Memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lagi cerita menarik di sini:

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya, ‘Livestream’ Rakam Kejadian
Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah RUU Anti-Stalking, Dewan Rakyat Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah
Next Article Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?