• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan

Oleh
Nazihah AN
27 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan

Projek pembinaan dijalankan di KIA dari 26 Disember 2024 sehingga 22 Januari 2026

Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan. Kalau anda kerap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), bersiaplah untuk melihat perubahan besar. Sarawak Metro baru sahaja mengumumkan projek pembangunan baru yang akan berlangsung selama lebih setahun di kawasan lapangan terbang ini.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1. Ia melibatkan pembinaan dan penyelesaian infrastruktur bagi laluan Red Line dari Kuching Sentral ke Pending. Salah satu elemen utama projek ini adalah pembinaan tempat letak kereta awam baru di kawasan KIA.

Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan
Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan. Sumber: FB Sarawak Metro

Tarikh dan Tempoh Projek

• Tarikh: Bermula dari 26 Disember 2024 sehingga 22 Januari 2026
• Masa: 24 jam setiap hari (tiada henti)
• Tempoh: 12 bulan dan 28 hari (hampir 13 bulan)

Lokasi Pembinaan

• Kawasan yang terlibat: Tempat letak kenderaan di KIA.

Berdasarkan pelan lokasi, pembinaan akan melibatkan tiga kawasan utama:

  1. KUTS Construction Area 1
  2. KUTS Construction Area 2 (tengah kawasan letak kereta)
  3. KUTS Construction Area 3

Nota Penting: Kawasan ini akan menjadi zon larangan (No Entry) semasa projek berlangsung.

Nasihat untuk Pengguna Jalan Raya

Pemandu dinasihatkan supaya:

  1. Berhati-hati ketika memandu di kawasan yang terjejas.
  2. Mematuhi papan tanda, arahan keselamatan, dan had laju yang telah ditetapkan.
  3. Merancang perjalanan lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Jika ada soalan mengenai notis ini, anda boleh:

  • Hubungi: [email protected]
  • E-mel: [email protected]

Baca juga artikel semasa di bawah:

Beri Laluan Pembinaan Stesen ART, Tempat Letak Kenderaan Di Airport Kuching Bakal Diubah Suai
St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tanjung Aru Perdana Park Kekal Tutup Demi Keselamatan Awam
Next Article Tembakan Misteri Awal Pagi Di Sibu Rosakkan Kereta Dan Tingkap Rumah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?