• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tanjung Aru Perdana Park Kekal Tutup Demi Keselamatan Awam

Oleh
Farisha
26 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

DBKK Perjelas Penutupan Perdana Park: Pembaikan Besar-Besaran Diperlukan

Tanjung Aru Perdana Park Kekal Tutup Demi Keselamatan Awam. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengumumkan bahawa Tanjung Aru Perdana Park akan kekal ditutup untuk tempoh yang belum ditentukan.

Penutupan ini disebabkan oleh isu keselamatan yang timbul daripada kerosakan kemudahan dan infrastruktur taman tersebut.

Tanjung Aru Perdana Park Kekal Tutup Demi Keselamatan Awam
Tanjung Aru Perdana Park Kekal Tutup Demi Keselamatan Awam. Sumber foto: Sabah Tourism

Menurut kenyataan rasmi DBKK pada Khamis, pihak operator taman telah memaklumkan bahawa kerja pembaikan dan pemulihan yang meluas diperlukan sebelum taman tersebut dapat dibuka semula kepada orang awam.

“Berikutan permintaan orang awam untuk membuka semula Tanjung Aru Perdana Park, DBKK telah mengadakan mesyuarat bersama operator taman pada 23 Disember 2024,” menurut kenyataan itu, menurut laporan media tempatan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Besar (Operasi) DBKK, Robert Lipon, dan turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, serta jabatan-jabatan dalaman DBKK seperti Kesihatan Persekitaran Bandar, Landskap, serta Aduan Awam dan Komunikasi.

Isu-Isu yang Dikenalpasti

Semasa mesyuarat, operator taman telah mengenal pasti beberapa isu utama yang memerlukan perhatian segera, antaranya:

  1. Kerrosakan Laluan Jogging – Laluan jogging mengalami kerosakan teruk akibat penggunaan kerap dan faktor cuaca.
  2. Peralatan Taman Permainan Tidak Selamat – Peralatan permainan kanak-kanak berkarat dan lantai rosak. Kawasan ini telah ditutup lebih awal demi keselamatan.
  3. Alat Senaman yang Usang – Alat senaman di taman ini dianggap sudah lapuk dan tidak selamat untuk digunakan.
  4. Tarikan Tidak Berfungsi – Ciri-ciri seperti air pancut muzik dan “jumping jets” rosak dan memerlukan pembaikan yang menyeluruh.
  5. Penyelenggaraan Saliran dan Pembetungan – Sistem saliran dan pembetungan di taman ini memerlukan perhatian segera.
  6. Pagar Rosak dan Laluan Tidak Rata – Pagar yang rosak serta permukaan laluan yang tidak rata akibat akar pokok menjadi risiko keselamatan, khususnya bagi pengguna kerusi roda.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menjalankan pemeriksaan terhadap taman tersebut dan menyediakan anggaran kos untuk pembaikan yang diperlukan. Anggaran bajet tersebut kini sedang dikaji oleh Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Sejarah Penutupan

Untuk makluman, Perdana Park telah ditutup sejak 11 September 2024 susulan beberapa insiden seperti serangan memerang terhadap pelari di taman tersebut. Walaupun DBKK telah mengeluarkan surat kelulusan untuk pembukaan semula taman pada 18 November 2024, isu keselamatan yang berterusan menjadi penghalang utama kepada pembukaan semula.

Langkah-Langkah Akan Datang

DBKK menegaskan komitmen mereka untuk memastikan keselamatan taman sebelum ia dibuka semula kepada orang awam. Oleh itu, pihak berkuasa menyeru orang ramai agar bersabar sementara usaha pembaikan dan pemulihan dilaksanakan.

DBKK menggesa orang ramai untuk terus menyokong usaha ini demi memastikan Perdana Park Tanjung Aru dapat beroperasi dalam keadaan selamat dan selesa di masa hadapan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai wanita cedera diserang memerang semasa berjoging di Tanjung Aru:

Wanita Cedera Diserang Memerang Semasa Berjoging Di Tanjung Aru Sabah
DBKK Arah Tutup Taman Perdana Tanjung Aru Sabah Susulan Insiden Serangan Memerang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Hina PDRM Di Facebook, Lelaki Sabah Didenda RM30K
Next Article Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?