• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Parti Tempatan Cadang Mahu Hapus Ruang Parkir VIP Di Lapangan Terbang Sibu

Oleh
Nazihah AN
3 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Parti Tempatan Cadang Mahu Hapus Ruang Parkir VIP Di Lapangan Terbang Sibu

Cadangan Mansuh Ruang Parkir VIP di Lapangan Terbang Sibu Demi Kelancaran Trafik

Parti Tempatan Cadang Mahu Hapus Ruang Parkir VIP Di Lapangan Terbang Sibu. Ruang parkir khas untuk VIP di Lapangan Terbang Sibu disarankan untuk dimansuhkan bagi memberi laluan kepada kenderaan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan terminal.

Menurut Pengerusi sebuah parti tempatan di cawangan Dudong (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Wong Ching Yong, keadaan lalu lintas di terminal lapangan terbang sering menjadi sesak, terutamanya selepas ketibaan penerbangan pada waktu puncak. Hal ini menyebabkan kenderaan awam terpaksa beratur panjang, sekali gus menyusahkan pengguna.

“Pada asalnya, terminal ini direka dengan tiga lorong di bahagian keluar. Namun, dengan adanya ruang parkir VIP yang dihalang oleh kon keselamatan, hanya dua lorong dibuka untuk kegunaan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Wong turut menegaskan bahawa ruang parkir yang dikhaskan untuk ambulans dan pemandu orang kurang upaya (OKU) perlu dikekalkan demi keperluan mereka. Namun, beliau mempersoalkan keperluan ruang parkir khas untuk VIP, terutama apabila ruang tersebut dikatakan jarang digunakan.

“Saya percaya kebanyakan ruang ini dibiarkan kosong. Jadi, daripada membiarkan lorong ini tidak digunakan, lebih baik ia dibuka kepada orang ramai bagi mengelakkan kesesakan,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) menyatakan bahawa beliau menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan serta perantau yang pulang ke Sibu semasa musim perayaan mengenai kesulitan yang dihadapi akibat susunan parkir semasa.

“Salah seorang pengadu yang tinggal di Amerika Syarikat tetapi pulang ke Sibu untuk sambutan Tahun Baharu Cina mengatakan bahawa golongan VIP perlu belajar hidup seperti orang biasa. Mengorbankan laluan awam untuk keselesaan mereka adalah sesuatu yang tidak wajar dalam masyarakat demokrasi,” katanya.

Dalam hal ini, Wong menekankan bahawa pemansuhan ruang parkir VIP bukanlah satu tindakan yang membebankan pihak pengurusan lapangan terbang, malah ia akan membawa manfaat lebih besar kepada orang ramai.

“Saya menyeru pihak pengurusan lapangan terbang untuk mempertimbangkan cadangan ini secara serius dan melaksanakan perubahan yang perlu secepat mungkin,” tambahnya.

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Tuaran RM18 Juta Bengkok, Netizen Persoal Kualiti Binaan
Next Article Ini Senarai Bantuan Kewangan Dari Bank Untuk Pelanggan Terjejas Banjir Di Sabah Dan Sarawak Ini Senarai Bantuan Kewangan Dari Bank Untuk Pelanggan Terjejas Banjir Di Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?