• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen

Oleh
Ismail NA
7 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kejadian ini berlaku di hadapan kedai Mita, Jalan Stutong Tabuan.

[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen. Menerusi sebuah rakaman dashcam yang dikongsikan pengguna Maxwell Max di Facebook, empat buah kereta termasuk kereta pemilik kamera dashcam dirakamkan berhenti kebingungan di sebuah simpang tiga.

Isi Isi Penting
  • Kejadian ini berlaku di hadapan kedai Mita, Jalan Stutong Tabuan.
  • Hari ‘blur’ sedunia – Netizen
  • Kereta DX Wagon pula yang menjadi tumpuan
  • Selain itu, lelaki ini kongsi pendapat mengapa beliau masih menggunakan kereta yang telah berusia 21 tahun. Baca cerita selanjutnya di sini:

Kejadian tersebut berlaku di hadapan kedai kek Mita di Jalan Stutong (kawasan KPJ lama).

Hari ‘blur’ sedunia – Netizen

Semasa dua kenderaan iaitu Perodua Viva datang dan berhenti dari arah bersebelahan, dua buah lagi kereta iaitu kereta DX Wagon lama dan kereta milik perakam turut berhenti.

Eh eh?The world suddenly stop for a moment

Posted by Maxwell Max on Monday, June 6, 2022

Seketika, keempat-empat kereta ini kelihatan kebingungan sama ada ingin meneruskan pemanduan atau tidak. Barang kali menunggu salah sebuah daripada kereta-kereta ini bergerak terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, kereta Wagon itu meneruskan hajatnya untuk keluar dari petak parkir manakala kereta Viva dengan bumper hitam dari arah belakangnya memasuki laluan bersebelahan.

[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen. Sumber: FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia

Kereta Viva putih yang berada di hadapan pula membelokkan keretanya ke simpang kiri seolah-olah ingin mengelak kenderaan-kenderaan yang berada di hadapannya. Setelah semua kereta mengikut haluan masing-masing, kereta milik perakam pula dilihat memasuki kotak parkir sebelah kotak parkir kereta Toyota Corolla tadi.

[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
Kereta rare yang dipercayai jenis DX Wagon. Sumber: FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia

Kereta DX Wagon pula yang menjadi tumpuan

Namun, kereta DX Wagon pula yang menjadi perhatian netizen kerana kereta ini adalah sebuah kereta lama dan rare pada zaman kini.

Video ini telah tular di Facebook dan telah mendapat lebih daripada 1,000 perkongsian dan 66 komen.

Ada juga yang memuji kecermatan keempat-empat kenderaan tersebut dan bertindak bertimbang rasa antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang memuji kenderaan Wagon tersebut yang masih berada dalam keadaan cantik dan berseri.

[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
Sumber: FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia
[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
Sumber: FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia
[VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
Sumber: FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia

Menerusi semakan kami di laman Toyota, model sebenar kereta ini sebenarnya adalah model Corolla Wagon dan mempunyai dua gred iaitu gred DX dan gred GL. Kereta ‘rare’ ini dikeluarkan pada tahun 1982 dan kini telah berusia 40 tahun!

Patutlah ramai yang terpegun tengok kereta dalam video ni masih meletop macam baru keluar kilang. Hehe.

Sumber: Toyota

Biasalah kalau ada yang masih bingung kan? Tambah-tambah pula baru lepas balik dari cuti Gawai sejak Rabu yang lalu di Sarawak, ramai yang mengambil langkah berhati-hati semasa memandu di jalan raya.

Tapi bagus lah kan? Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, lelaki ini kongsi pendapat mengapa beliau masih menggunakan kereta yang telah berusia 21 tahun. Baca cerita selanjutnya di sini:

SUMBER :FB Maxwell Max via DashCam Owners Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Next Article Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?