• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba

Oleh
Husna Hazmi
25 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Resepi mudah tapi amat menyelerakan!

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba. Bulan puasa ni, masing-masing tengah mencari nak makan apa untuk iftar nanti. Apa kata kita cuba salah satu menu makanan Sarawak yang underrated tapi sedap ini untuk resepi berbuka hari ini.

Isi Isi Penting
  • Ini resepi Mi Tomato yang istimewa boleh dimakan hingga 6 orang atau lebih untuk anda:
  • Bahan A (Noodles/Mi):
  • Bahan B (Kuah):
  • Step buat kuah mi Tomato Istimewa:

Mi Tomato adalah salah satu menu eksklusif dan unik di Sarawak yang sesuai untuk dinikmati di semua peringkat usia.

Ini resepi Mi Tomato yang istimewa boleh dimakan hingga 6 orang atau lebih untuk anda:

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba

Bahan A (Noodles/Mi):

  • Mi Kuehtiau (Goreng dengan kicap pekat dan perasa terlebih dahulu)
  • Crispy Mee (Tak perlu goreng)
  • Mi Kuning (Goreng dengan kicap pekat dan perasa terlebih dahulu)
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba

Bahan B (Kuah):

  • 7 Ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 5 Ulas Bawang Merah (dicincang halus)
  • 2 cm Halia (Dipotong Nipis)
  • Isi Ayam Dipotong Dadu (50 gram)
  • *Optional: Udang yang Sudah Dibersihkan (20 gram atau lebih)
  • *Optional: Sotong yang Sudah Dibersihkan dan Dipotong Kecil (20 gram atau lebih)
  • Air Masak (100 ml)
  • Buah Tomato (2 Biji dan dipotong empat)
  • Fish Cake (Ikut kehendak sendiri)
  • Sayur Bok Choy (Ikut kehendak sendiri)
  • Sos Tomato (1 Botol)
  • Sos Tiram (3 Sudu Besar)
  • Minyak Bijan
  • Tepung Jagung (3 Sudu kecil campurkan dengan air)
  • Garam, Gula dan Perasa
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Tomato Istimewa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba

Step buat kuah mi Tomato Istimewa:

  1. Menggunakan minyak bijan, kisarkan bawang putih, bawang merah dan juga halia di atas sehingga bertukar ke warna keperang-perangan.
  2. Kemudian masukkan ayam dan gaulkannya sehingga masak. Tambah air dan tunggu sehingga mendidih, selepas itu anda boleh letakkan sos tomato, sos tiram dan juga buah tomato dan biarkannya selama 5 minit.
  3. Masukkan udang, sotong dan juga kek ikan (fish cake), dan gaulkan kuah mi tomato anda. Sayur Bok Choy masukkan dan rasakan kuah mi tomato anda dengan garam, gula dan perasa sehingga cukup rasa.
  4. Untuk memekatkan kuah pula, tambahkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan air dan gaul selama 2 minit. Siap dah kuah Mi Tomato anda!

Resepi kuah tomato yang istimewa ini kemudiannya dihidangkan bersama mi pilihan anda iaitu Kuehtiau, Mi kuning atau Crispy Mi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Lagi resepi mudah dan enak untuk anda cuba di sini:

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
SUMBER :Youtube
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayar 2 Jam Percuma 1 Jam, MIDI+ Di KK Jadi Tarikan Baru Penggemar Karaoke Bayar 2 Jam Percuma 1 Jam, MIDI+ Di KK Jadi Tarikan Baru Penggemar Karaoke
Next Article 'Rasa Macam Berpasir', Wanita Terkejut Jumpa Ulat Dalam Kurma ‘Rasa Macam Berpasir’, Wanita Terkejut Jumpa Ulat Dalam Kurma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?