• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba

Oleh
Husna Hazmi
8 Oktober 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Resepi mi belacan ni memang dijamin sedap.

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba. Menu yang ikonik dan bukan lagi merupakan menu asing bagi orang Sarawak ini merupakan menu pembuka selera dan menjadi kegemaran ramai.

Isi Isi Penting
  • Berikut adalah bahan-bahan (1) yang anda perlukan untuk membuat kuah mi belacan:
  • Bahan-bahan (2) untuk isi mi belacan:
  • Bahan-bahan (3) untuk sambal mi belacan:
  • Cara membuat

Ada banyak resepi mi belacan di luar sana, namun kali ini kami ingin berkongsi resepi mi belacan istimewa yang akan membuat anda jatuh cinta dengan menu ini.

Mi belacan ini boleh dijadikan menu sarapan, menu minum petang, untuk dihidangkan kepada tetamu pada rumah terbuka dan banyak lagi. Mari sama-sama belajar resepi mi belacan padu dan confirm menjadi ini!

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba. Kredit foto: I Love Borneo

Berikut adalah bahan-bahan (1) yang anda perlukan untuk membuat kuah mi belacan:

  • Kulit udang (dalam segenggam)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Bawang Merah (6 ulas)
  • Lengkuas (setengah inci)
  • Cili Kering (4 keping cili kering, kalau nak pedas boleh letak lebih)
  • Belacan (1/4 daripada belacan tambirat)
  • Udang kering (segenggam udang kering)
  • Asam Jawa (1 sudu besar dicampur dengan air)
  • Pitis Otak Udang (1 botol kecil)
  • Tepung Jagung (1 sudu tepung jagung dicampurkan dengan air)
  • Garam, ajinamoto dan gula secukup rasa
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Kredit foto: I Love Borneo

Bahan-bahan (2) untuk isi mi belacan:

  • Bihun (satu paket)
  • Telur padi (4 biji)
  • Timun (dipotong nipis)
  • Sotong kembang (100 gram dipotong nipis)
  • Udang yang sudah dibuang kulit (50 gram)
  • Limau
  • Kacang tanah yang sudah ditumbuk
Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Kredit foto: I Love Borneo

Bahan-bahan (3) untuk sambal mi belacan:

  • Belacan (1/4 daripada belacan tambirat)
  • 6 tangkai cili kering yang sudah direndam dengan air
  • Sedikit minyak masak (1 ke 2 sudu)
  • Garam, gula dan ajinamoto

Walaupun banyak bahan-bahan yang perlu disediakan, tapi anda jangan risau kerana cara membuatnya adalah amat ringkas dan juga mudah. Anda cuma perlu kisar dan rebuskan sahaja semua bahan.

Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Kredit foto: I Love Borneo

Cara membuat

  1. Step yang pertama untuk membuat kuah mi belacan kita aadalah anda kisarkan semua bahan-bahan (1) di dalam mesin pengisar bersama sedikit air. Setelah siap kisar, anda ketepikannya sebentar.
  2. Step yang kedua adalah anda rebuskan bahan (2), udang yang sudah dikupas kulitnya untuk mengambil air rebusan daripada udang tersebut. Setelah siap rebus udang, angkatkan dan ketepikan.
  3. Biarkan air rebusan udang mendidih (jangan tutup api dapur) dan masukkan semua bahan (1) yang telah dikisar tadi ke dalam air rebusan udang tersebut. Biarkannya selama 20 hingga 25 minit sambil gaulkan kuah mi belacan tersebut.
  4. Setelah 25 minit, tapiskan kuah mi belacan tersebut di dalam periuk yang lain untuk membuang segala hampas-hampas daripada kulit udang yang telah dikisarkan tadi. Sekarang, kuah anda sepatutnya kelihatan smooth dan beraroma!
  5. Step seterusnya adalah kuah yang telah ditapis tadi anda perlu merenehnya semula selama 5 minit dan tambahkan air asam jawa, satu botol pitis otak udang, dan perasakannya dengan garam, gula dan ajinamoto (jika mahu). Kemudian anda biarkan sahaja ia mendidih selama 10 minit sambil gaul dan kuah mi belacan anda siap!
  6. Untuk sambal kepada mi belacan pula, anda kisarkan cili kering bersama belacan dengan air yang sedikit sahaja. Dalam kuali panas, letakkan minayk sedikit kemudian tumiskan sambal belacan dan cili kering yang sudah dikisar tersebut selama 3 minit. Perasakan sambal dengan garam, gula dan ajinamoto.
  7. Bagi isi mi belacan kita, celurkan sotong kembang yang telah dipotong nipis ke dalam air yang mendidih selama 2 minit dan angkatkannya. Menggunakan air mendidih yang baharu celurkan bihun anda selama 1 minit dan angkatkannya.
  8. Kemudian, jangan lupa sediakan hirisan timun dan juga telur padi yang sudah dipotong empat atau dua.
  9. Step yang terakhir adalah anda boleh hidangkan mi belacan anda, letakkan bihun di atas pinggan, kemudian letakkan udang yang sudah direbus, sotong kembang, hirisan timun, telur padi, kacang tanah yang sudah ditumbuk (jika alergik jangan letak) dan kuah istimewa mi belacan yang sudah siap tadi. Hidangkan bersama limau dan sambal mi belacan perghh pasti anda puas hati makannya nanti.

Kalau anda sudah cuba resepi ini, jangan lupa kongsikannya bersama orang yang tersayang. Selamat mencuba!

Anda juga boleh tonton videodi bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Next Article Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?