• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’

Oleh
ILB - AI
16 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini 'Trending'

Mengidam cookies Famous Amos?

Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’. Kebanyakan orang boleh bersetuju bahawa cookies Famous Amos sedap. Walaupun agak mahal daripada cookies biasa yang anda beli di kedai, tetapi ia pasti berbaloi kerana kelazatannya!

Jika anda ingin stock up cookies untuk diri sendiri tetapi tidak mahu berbelanja terlalu banyak, apa kata anda cuba membuat versi anda sendiri? Berikut ialah resipi cookies yang kini trending kerana hasil akhirnya memang rasanya serupa dengan cookies Famous Amos!

Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’

Sediakan bahan berikut

Resipi ini simple je, asalkan anda mengikut langkah dan ukuran yang betul. Untuk membuat cookies ini, sediakan bahan berikut:

  • 250 gram butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil Vanilla Essence
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan coklat cip
  • Almond nips/almond flakes (bergantung kepada pilihan anda)

Cara membuatnya

Yang pertama, masukkan 250g butter, 1 1/4 cawan brown sugar, 1 sudu kecil vanilla essence dan sebiji telur dalam mangkuk. Kacau slow2 sahaja untuk menghasilkan campuran sebati (jangan pakai mixer).

Kredit: Facebook

Kemudian, masukkan 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder dan 6 sudu besar minyak masak dalam campuran itu. Kacau sehingga sebati.

Kredit: Facebook

Apabila sudah sebati, masukkan 2 cawan coklat cip dan kacau sehingga sebati. Kalau rasa nak tambah nips almond atau flakes, tambah sekali dalam campuran itu. Pastikan anda kacau slow2 sehingga sebati.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Adunan yang dah siap perlu dimasukkan dalam peti ais selama 30 minit. Pastikan adunan itu jadi keras sedikit dari sebelum itu.

Kredit: Facebook

Selepas itu, sapu tray anda dengan mentega, cubit sikit daripada adunan dan letak berjarak-jarak dalam tray (bebola akan merebak setelah dibakar).

Kredit: Facebook

Sebelum memasukkan tray itu ke dalam oven, pastikan oven anda dipanaskan suhu 150°C dan gunakan api atas bawah dan kipas on. Apabila oven anda sudah panas, masukkan tray bebola cookies itu ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.

Kredit: Facebook

Pastikan anda tidak membuka oven sepanjang proses membakar kerana ia akan mengganggu proses baking. Cookies itu akan kelihatan dan rasa lembut sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven tetapi ia akan mengeras apabila sudah sejuk.

Kredit: Facebook

Boleh lah buat cookies ni, lagi2 tak lama lagi musim perayaan. Selamat mencuba!

Lagi resipi menarik di sini:

Cuma Perlu 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Biskut Semperit Yang Mudah Dan Ringkas
Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
SUMBER :BAIZURA MUHAMMAD
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beraya Dengan Tenang, Raya Cat Hotel Miri Tawar 'Hotel Kucing' Buat Si Bulus Anda Beraya Dengan Tenang, Raya Cat Hotel Miri Tawar ‘Hotel Kucing’ Buat Si Bulus Anda
Next Article Tak Larat Nak Lipat Baju? Hantar Sahaja Ke Servis Lipat Pakaian Ini Di Bintulu Tak Larat Nak Lipat Baju? Hantar Sahaja Ke Servis Lipat Pakaian Ini Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?