• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp

Oleh
Aina Musa
30 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp

Padah terpedaya pelaburan di aplikasi Whatsapp

Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp. Seorang pengurus syarikat di Bau, di sini kerugian kira-kira RM160,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham wang menerusi WhatsApp.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki 40-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan belajar pelaburan dalam talian semasa melayari Facebook bulan lalu.

Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp
Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp. Kredit: Google

“Kemudian nombor telefon mangsa dimasukkan dalam grup WhatsApp ‘Stock Exchange Group’ sebelum diajar cara membuat pelaburan dalam pasaran saham oleh seorang lelaki dikenali ‘Jerry’ yang mengaku pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan tersebut.

“Setelah mendengar penerangan suspek, mangsa membuat pelaburan melalui sebuah laman web,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, katanya, mangsa melakukan lima pemindahan wang kira-kira RM160,000 ke dua akaun bank atas nama syarikat berlainan bulan ini.

Azman berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 kerana akaun pelaburan itu dibekukan.

“Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan dia melakukan pengeluaran wang.”

Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh disebat dan didenda, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan orang ramai membuat pelaburan di platform berdaftar dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

Baca lagi artikel menarik:

Taktik Baru Scammer, Hantar Saman RM50 Melalui E-Mel Dan Kena Bayar Dalam 7 Hari
Diperdaya Macau Scam, 43 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Di Peru Diselamatkan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat
Next Article Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?