• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini

Oleh
Ismail NA
31 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sindiket tersebut ditumpaskan oleh Polis Marin Wilayah 5 Sarawak.

Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini. Sekitar jam 10 pagi pada 12 Mac lalu, pihak Polis Marin Wilayah 5 Sarawak telah berjaya menumpaskan sebuah sindiket penyeludupan terbesar di Sarawak tahun ini. Sindiket rokok dan arak haram yang bernilai RM 21.5 juta tersebut dijumpai terbiar di pelabuhan jeti persendirian di Tanjung Kunyit, Sungai Rajang.

Isi Isi Penting
  • Sindiket tersebut ditumpaskan oleh Polis Marin Wilayah 5 Sarawak.
  • Hasil risikan orang awam temui vesel kargo mencurigakan di jeti Tanjung Kunyit, Rajang
  • Kontena mengandungi kotak minuman keras
  • Baca juga kes serbuan lain :

Melalui rampasan tersebut, sebanyak 18 kontena dimuatkan di atas vesel kargo manakala 6 warga Indonesia berusia di antara 22 hingga 39 tahun ditahan.

Hasil risikan orang awam temui vesel kargo mencurigakan di jeti Tanjung Kunyit, Rajang

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, dalam Ops Kontraband tersebut, sebuah pasukan yang dianggotai oleh 5 anggota telah menerima maklumat dan risikan daripada orang awam tentang aktiviti mencurigakan oleh sebuah sebuah vesel kargo yang mendarat di pelabuhan jeti persendirian di Tanjung Kunyit. Tidak menunggu lama, pihak berkuasa bergegas ke lokasi pada jam 10 pagi pada 12 Mac yang lalu.

Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini
Rampasan rokok dan arak haram di Tanjung Kunyit
Sumber : The Borneo Post

Menurut risikan bahagian penyeludupan, pihak polis telah terserempak dengan tongkang yang dimuatkan dengan barangan mencurigakan itu pada jam 12.40 petang yang kemudiannya berlabuh di jeti persendirian Tanjung Kunyit dan menemui sebuah kargo yang sarat dengan 35 kontena.

Kontena mengandungi kotak minuman keras

Namun, setelah menunggu selama lebih kurang 10 jam tanpa kelibat mana-mana individu yang mengaku tentang kehadiran dan pemilikan kargo vesel tersebut, pihak polis akhirnya memutuskan untuk memeriksa kandungan kargo tersebut dan menjumpai kotak minuman keras dalam sebuah kontena.

Setelah diperiksa dengan lebih teliti, satu lagi kontena dalam vesel kargo tersebut dimuatkan dengan kotak-kotak minuman keras jenis liquor jenama Royal Stout. Kargo tersebut kemudiannya dirampas dan menahan 6 suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini
Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini
Sumber : The Star

Datuk Aidi berkata bahawa nilai rampasan termasuk barangan dan kargo tersebut dianggarkan bernilai RM 30.13 juta termasuk barang-barang rampasan, vesel kargo, tongkang, kapal tunda serta 35 buah kontena. Tambahnya lagi, pihaknya akan mengetatkan lagi kawalan di sempadan untuk memerangi aktiviti penyeludupan yang dilihat sering bertukar strategi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(D) di bawah Akta Kastam 1967.

Baca juga kes serbuan lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia
Next Article Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?