• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu ‘Sekolahkan’ Pengkritik

Oleh
ILB - AI
14 Mei 2020
Kongsi
7 Min Bacaan
Netizen Malaysia Beri Penjelasan Padu Apabila Isu Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat

Here we go again…

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu ‘Sekolahkan’ Pengkritik. Anda mungkin sudah terlihat gambar-gambar kerusi pawagam dan produk leather yang tular di media sosial baru-baru ini yang ditumbuhi kulat. Kini, negara Malaysia menjadi perbualan netizen orang Barat sekali lagi setelah salah satu online media platform Inggeris, Daily Mail, memuatnaik gambar-gambar terbabit dalam sebuah artikel dan turut mengundang reaksi negatif daripada netizen orang Barat. Tapi seperti biasa, Jabatan Netizen Negara Malaysia datang untuk mempertahankan sedemikian.

Because you know... LOGIC - Weird history channel guy | Meme Generator
Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu ‘Sekolahkan’ Pengkritik

Gagal menyedari cuaca di Malaysia lembap sepanjang tahun

Daily Mail mengkongsikan artikel mereka mengenai isu kerusi pawagam dan produk leather yang ditumbuhi kulat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui Facebook. Berikut adalah perkongsian terbabit:

Sejurus artikel tersebut dikongsikan, beberapa netizen Barat meluahkan perasaan jijik dengan keadaan ‘kotor’ dan (mungkin) menuduh Malaysia sebagai negara yang tidak menjaga kebersihan. Tidak berpuas hati dengan penyataan mereka, netizen Malaysia mula bertindak.

*Warna putih adalah warga Malaysia, warna hitam adalah warga Barat.

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu 'Sekolahkan' Pengkritik
Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu ‘Sekolahkan’ Pengkritik

“Menunjukkan mereka tidak membersihkan dengan baik.” – Netizen orang Barat

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu 'Sekolahkan' Pengkritik

“Itu bukan sebab perintah berkurung. Itu disebabkan tiada penjagaan kebersihan yang betul.” – Netizen warga Barat

Imej diatas menunjukkan orang Barat tersebut berkata tiada penjagaan kebersihan yang betul menyebabkan kulat bertumbuh. Namun, netizen Malaysia berkata pawagam tersebut adalah indoor, maka tiada pengudaraan berlaku, tambahan lagi cuaca di Malaysia lembap.

Netizen barat tersebut turut berkata di Amerika Syarikat semua fasiliti tidak ditutupkan walaupun tiada orang berkunjung ke bangunan terbabit dan dibalas lagi oleh netizen Malaysia bahawa AS tidak menguatkuasakan perintah berkurung tetapi rakyatnya dinasihatkan untuk duduk di rumah. Seorang lagi netizen Malaysia berkata atas sebab Malaysia dikenakan PKP, tiada orang dibenarkan untuk keluar apatah maintain sebarang fasiliti selain mereka yang bekerja dalam sektor makanan.

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu 'Sekolahkan' Pengkritik

“Kenapa ia tidak dibersihkan setelah ditutup? Kenapa majikan atau pekerja tidak pergi melihat keadaan premis dan membuat pembersihan secara menyeluruhkan? Sangat menjijikan!” – netizen orang Barat

Seorang netizen Malaysia menjawab persoalan netizen orang Barat di atas dengan berkata sesiapa yang keluar semasa PKP akan dikenakan hukuman, kecuali mereka yang bekerja dalam sektor keperluan, dan hanya seorang sahaja dibenarkan keluar, itu pun hanya untuk membeli barang keperluan. Jadi, majikan dan pekerja memang tidak akan pergi ke pawagam untuk membersihkannya semasa PKP.

“Ini takkan berlaku selepas 2 bulan. Pawagam tersebut mungkin mempunyai beberapa patogen parasit bawaan udara.”

Dua netizen Malaysia sekolahkan netizen Barat tersebut dengan berkata Malaysia adalah negara yang lembap dan sesuai untuk pembiakan kulat.

“Adakah ini bermaksud semua barang itu basah? Macam mana pula kulat boleh bertumbuh dengan laju? Kanak-kanak kencing, air karbonat atau apa-apa sahaja! Menjijikan!”

Netizen Malaysia ini pula menekankan situasi cuaca tropikal Malaysia. Kebiasaannya, 75% cuaca Malaysia adalah lembap, tambah lagi warga Malaysia perlu patuh kepada PKP dan tidak dibenarkan keluar kecuali membeli barang keperluan, pawagam tidak mempunyai pengudaraan atau penghawa dingin yang dihidupkan jadi perkara ini tidak mengejutkan.

Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat, Netizen Negara Bersatu 'Sekolahkan' Pengkritik

“Adakah ini sebab kurang kebersihan yang rapi?”

Netizen-netizen Malaysia ini pula mengingatkan netizen orang Barat ini Malaysia adalah negara yang mempunyai cuaca yang lembap dan tidak dapat seperti apa yang mereka bayangkan. Jadi dengan kelembapan cuaca tambahan pula tiada warga Malaysia dibenarkan keluar dari rumah kecuali membeli barang keperluan, perkara ini memang akan berlaku.

Netizen orang Barat itu turut membandingkan pengalaman saudara dia yang tinggal di Thailand yang menutup rumah dengan tiada pengudaraan selama beberapa bulan tetapi barang dalam rumah tidak pernah berkulat. Dia dijawab oleh seorang lagi warga Malaysia yang berkata keadaan rumah yang mempunyai tingkap dan pawagam yang tiada tingkap adalah tidak sama.

“Bagaimana dan kenapa ini berlaku? Setiap tahun, pada hujung dan permulaan musim panas saya akan simpan baju-baju untuk digunakan pada tahun depan. Itu pun setelah sekian lama tiada juga tanda kulat bertumbuh atas kasut. Saya faham kalau kerusi pawagam, tapi bukan kasut dan beg dalam kedai.”

Netizen Malaysia kemudian berkata iklim, kelembapan dan suhu yang berbeza mempunyai peranan.

Ruang komen turut dipenuhi dengan warga Malaysia yang menjelaskan mengapa kulat senang bertumbuh di permukaan produk dan kerusi pawagam terbabit dan bukan atas alasan pembersihan yang kurang baik.

Netizen Malaysia Beri Penjelasan Padu Apabila Isu Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat

Malah, terdapat juga warga Barat yang tinggal di Malaysia berkata kita telah melaksanakan kerja yang bagus dan harus pertimbangkan perkara itu dan mendapat persetujuan seorang lagi warga Barat yang juga tinggal di sini.

Netizen Malaysia Beri Penjelasan Padu Apabila Isu Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat

Ada juga yang mengingatkan mereka bahawa Malaysia telah berjaya mengawalkan pandemik, disebalik negara-negara Barat yang masih pergelutan untuk mengawal situasi di negara masing-masing.

Netizen Malaysia Beri Penjelasan Padu Apabila Isu Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat

On another topic, terdapat juga bersoal kenapa warga Malaysia mengeja perkataan ‘mould’ sebagai ‘m-o-U-l-d’ dan bukan sebagai ‘m-o-l-d’. Well, we are using British English, not American English, that’s why!

Netizen Malaysia Beri Penjelasan Padu Apabila Isu Pawagam Berkulat Dikritik Orang Barat

Malaysian Onion Army memang takkan mengecewakan. Terhibur juga baca segelintir warga Barat disekolahkan tentang perkara simple — if there’s no ventilation, no maintainance, and with a humid weather, it’s prone to encourage mould growth. Mujur tak semua orang Barat dalam ruangan komen itu menunding jari dan memahami situasi tersebut.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan pendapat anda dan jangan lupa share!

Pawagam dan kasut ditemui berkulat setelah 2 bulan premis tidak beroperasi. Selanjutnya di sini:

Sebelum ini, seorang warga British mempersoalkan kualiti produk buatan Malaysia dan turut dikecam oleh netizen Malaysia:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Surau Dan Masjid Di Sarawak Masih Ditutup Untuk Orang Awam Sehingga Satu Masa Sesuai Kelak
Next Article Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?